Monday, December 17, 2012

Akak Jujur Dik




Assalamualaikum

Apa khabar semua. Harap harap semua sahabat dalam keadaan baik..sihat di bawah rahmat dan lindunganNya. Bagi diri akak alhamdulillah Allah masih benarkan akak bernyawa...beri kesihatan yang baik..masih boleh menulis..memasak...beribadat dan segala aktiviti yang mampu akak buat. Alhamdulillah.

Sebelum meneruskan bicara..akak ingin menyusun jari memohon kemaafan andainya nanti tulisan akak ni nampak terlalu mendabik dada, menunjuk nunjuk dan nampak bermegah megah sehingga ada sahabat sahabat diluar sana apabila membaca terasa hati dan sebagainya.

Insyallah akak cuba jadi yang sejujurnya Akak jujur dik. Kalau adik adik berasa hati haruskah akak jadi hipokrit. Tentu tidak dik. Apa yang akak tunjuk di blog ini adalah kehidupan akak. Rumah akak..masakan akak.resepi akak..anak anak akak..dapur akak...aktiviti akak..makanan akak...jadi haruskah akak tunjuk akak makan nasi lauk telur goreng dengan kicap? Sedangkan akak sendiri memang tak suka makan telur goreng. Kalau akak tak tunjuk tentang diri akak dan kehidupan akak maka TAK DALAH BLOG ni dik.

Kadang-kadang akak kesian dengan anak akak yang lain lain. Disebabkan kakak dia lebih menonjol sebagai blogger/celebrity, maka anak anak akak yang lain dianggap sebagai menumpang sahaja.

Akak jujur dik. Bukan begitu dik. Masa nak dapat watak yaya dalam animasi BoBoBoi tu, Imran, Hafiz dan Alisya beratur panjang nak audition dik. Sampai rasa macam nak bawak tikar bantal baring baring kat situ dik. Sampai menangis nangis Alisya akak paksa dik..dek terlampau anti sosial dan malu. Maklumlah dik, anak akak ni ramai maka tak maunya dorang bergaul dengan kawan kawan dan jiran tetangga.Bagi dorang bergaul dan bersosial dengan adik beradik pun tak cukup masa dik. Tu pasallah bila akak push pergi buat benda benda macam ni punyalah dorang liat dik..Malu yang terlampau dik.

Alhamdulillah memang bakat Alisya terserlah...dia yang dapat job tu dik. Begitu juga jadi pengacara BERITA ADIK di TV9 dik. Ramai yang datang untuk audition dik. Anak anak staff TV3 berduyun dik. Naik gerun akak dik. Tapi memang dah rezeki Alisya, dia yang dapat dik. Memang dia berbakat dik. Malah masa kakak dia ditawarkan jadi host, kakak dia yang belajar dari Alisya dik. Percayalah dik...akak jujur dik.


Ini bukan nak menunjuk nunjuk ya dik. Ini cuma nak berkongsi pengalaman akak bawa keluarga akak bercuti di Negeri Di Bawah Bayu dik...akak jujur dik.



Jom kita ke Sabah. Kami ke sana menaiki Air Asia dan menyewa sebuah van yang menunggu di airport. Hari kedua di Kota Kinabalu kami bertolak ke Kundasang, Ranau untuk menginap di Pine Resort yang terletak di Lereng Gunung yang berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Untuk melihat Puncak Gunung Kinabalu kita harus berada di atas gunung yang bersebelahan dengannya.

Percutian yang berbaloi kerana satu pengalaman yang indah yang kita belum rasai bila berada disemenanjung. Kali ini akak paparkan pengalaman di pergunungan Kinabalu. Insyallah post akan datang di Pulau pulau di Sabah yang indah dan airnya yang jernih.Insyallah.






Puncak Gunung Kinabalu waktu awal pagi yang belum ditutupi awan dapat dilihat dari pergunungan yang berdekatannya.



Menikmati keindahan alam dari beranda Pine Resort tempat kami menginap.






Tempat kami menginap adalah berada teratas sehingga dapat menikmati pemandangan yang paling cantik dari sini.



Sarapan pagi yang nyaman dan dingin di coffee house resort.


Disediakan pangkin/beranda untuk bergambar dan menikmati keindahan ciptaanNya.








Berasak-asak para pendaki Gunung Kinabalu mahu memulai pendakian mereka....



Bila hampir tengahari awan mula menutupi puncak Kinabalu...


Perjalanan menaiki gunung melalui lereng lereng gunug...


Tetapi keadaan jalan yang dituras luas dan besar maka perjalanan menjadi mudah dan menyeronokkan.



Hari semakin beredar..awan pun beredar datang mahu meliputi sebahagian puncak.




Pasar malam di pekan Kundasang yang terletak dilereng gunung....





Kuih yang putih tergantung paling kanan di sana di panggil Kuih Lidah Buaya kalau di sini di panggil  Kuih Tiram tersangatlah sedap. Mula-mula beli satu...bila dah makan sedap terus beli 30 bungkus untuk souvenir. Walah!





Liana berkesempatan membeli Madu Lebah Asli...akak tak nampak dik...kalau tak hangkut jugak...




Setelah penat meronda kami balik ke Pine Resort.



Landscape yang sungguh indah...








Bunga bunga cantik meliar dilereng lereng gunung dapat dilihat dari Pine Resort tempat kami menginap

Dalam perjalanan pulang semula ke Bandar Kota Kinabalu, kami singgah ke ladang lembu....










Memang indah pemandangan di sini. Sejuk nyaman seperti berada di Ladang Lembu New Zealand.


Kami menikmati kesegaran susu segar di sini.



Air tin di peti sejuk brand gardenia lagi...kalau kat sini roti jer...


Selamat tinggal Kundasang..dari kamu puncak Kinabalu kuingati selalu...



Ok Selamat tinggal Pine Resort..kalau ada umur yang panjang insyallah berjumpa lagi....