Wednesday, March 28, 2012

Makanan Sedap Dengan Hanya Rm5 ???..Walawei....

Assalamualaikum,

Selalu terfikir dulu masa kecil kami adik beradik sungguh rapat. Dalam keadaan serba daif kami sering berkongsi makanan. Satu pinggan nasi makan dua orang. Satu dulang nasi makanan berebut-rebut lima enam orang.Masa tu tak da langsung rasa geli atau apa. Walaupun tangan sorang-sorang  cuma basuh dengan celup celup dalam air mangkuk basuh tangan.

Masa tu Cuma ingat untuk isi perut sahaja. Tak peduli harus berkongsi atau apa. Janji perut kenyang. Yang kena berkongsi pinggan tu bukan apa …samada kerana pinggan untuk makan pun kadang kala tak mencukupi ataupun makanan yang ada harus dikongsi  tidak banyak.

Wah semua itu memang mengimbau kenangan. Apatah lagi baru baru saya discover yang Chop & Grill Station yang terletak di Dagangan Avenue Food Court Taman Dagangan membuat promotion dengan hidangan yang sungguh superb rasa dan portion yang sungguh besar dengan harga berharga rm5 dan harus dikongsi seramai 5 orang. Bayangkan rm5 untuk 5 orang bermakna rm1 untuk seorang tetapi itupun belum tentu habis makan.
Saya part-part ‘best deal’ laju jer sampai. Sanggup ku tempuh dari Shah Alam ke Taman Dagang Ampang. 

Sampai di situ terus tuju gerai Chop & Grill Station, minta hidangan Grill 1300 888 427.


 Pergh…rm5 beb…mari berkongsi dan berjimat. Satu malam hanya disediakan 5 hidangan dan hanya ada sehingga akhir bulam Mac 2012…. Jangan tunggu ok.
  



Dua si kuat makan ni pun boleh surrender…..kalau tahu bawak satu rumah…hoh.





Agak-agak tak leh cari stall mana…tu dia dah boleh nampak next dish sedang beratur……jangan lupa cari Grill 1300 888 427. Selamat Mencari dan Berkongsi…

Friday, March 23, 2012

Biar Rahsia


Ku anyam buih rasa
ku titip pada unggas
biar riuh nyanyiannya

Ku simpul semilir kasih
ku kirim pada awan
biar terbuai kepul laratnya

Ku lukis warna cinta
ku hias kaki langit
biar terserlah warna ungunya

Wahai unggas
riuhkan rasa

Duhai awan
kendung kasihku

Langit ungu
simpanlah cintamu

Antara aku dan dia
biarlah rahsia

Monday, March 12, 2012

Prada

Assalamualaikum...

Saya nih dari dulu lagi suka tengok handbag Prada... Tapi tak kesampaian lagi nak tambah sebagai koleksi...   Hari tuh dijemput ke event Prada Celcom dekat rooftop The View, wah rasa nak kena beli satu set macam ni!!! Handbag Prada, henpon pun Prada... kelas!!!

Saya kalau nak masuk pertandingan-pertandingan ni, takdelah kreatip. Jadi buat info jelah... Siapa nak masuk, kena buat video bertajuk "Celcom & Prada the perfect match". Pastu submit video dekat Nuffnang via Youtube atau Blog URL. Tengoklah hadiahnya... tak ker menangis...

Grand Prize: RM2,500 PRADA voucher + PRADA Phone
2nd Prize: RM1,500 PRADA voucher + PRADA Phone
3rd Prize: RM1,000 PRADA voucher 



Fesyen henpon zaman sekarang bersegi berpetak simple jer. Tapi itulah yang banyak fungsinya!!


Feeling Prada sangat! Sesuai tak dengan imej mak?


Kalau yang macam saya, tak reti nak bervideo-video... bolehlah pergi Celcom sebab Celom jer ada jual henpon Prada yang glamour ni. Celcom pun coverage luas, tak guna henpon high-end tapi takleh nak call bila balik kampung.


PRADA Phone
RRP : RM2,299
Celcom Exec 50 + Celcom Broadband mBasic
Celcom Exec 50 + Celcom Broadband mAdvance
Celcom Exec 250
Monthly Commitment
RM88
RM108
RM250
Data Allocation
1GB
3GB
5GB
Upfront rebate
RM25 x 12
RM25 x 12
RM50 x 12
12 mths contract (device price)
RM1,868
RM1,838
RM1,658
18 mths contract (device price)
RM1,828
RM1,788
RM1,528



Friday, March 2, 2012

Bawa Mak Makan Angin Kunun






Assalamualaikum,

Tetiba jer...rasa nak bawak mak pergi ronda JB. Pastu mulut tu tak agak-agak nak offer-offer. Orang tua pulak bukan boleh dengar.

Bila  dapat fon call dari sepupu kata nak menantu laju jer..aku sound kat mak      ' jom mak kita balik kampung..anak sedara mak tu kan nak menantu'...sedap mulut aku sambil lewa memberitahu.

Orang tua....esok tu terus call aku tanya, 'Nani, kau jadi ke nak bawak mak balik kampung pergi kenduri...?. Jadi tak jadi...kenalah jadikan jugak. Sebab aku ni dari zaman azali kalau dah berjanji dengan orang...teruatama mak aku...logik ke tak logik selalu aku usaha untuk happykan hati mak aku.

Alkisah...plan macam jadi tak jadi...aku suruh Alisya bersiap, pergi setapak ambek mak aku dan anak sedara tersayang..qis..hangkut semua masuk kereta, tekan minyak...jalan.

Alahai entah kenapa sebab badan penat ya rabbi,selesai kek untuk customer bagai, maka aku bawak keretapun macam siput sedut. Bertolak pukul 6 petang sampai pukul 11 malam...horror betul aku menahan mata sepanjang perjalanan...nasib baiklah aku bini orang...kalau anak dara..boleh aku kenyit-kenyit mata kat mamat-mamat naik bm ke mesk ke...tepi-tepi highway tuh...bagi terbuntang sket mata aku ni...ngantuk giler wei.... (amboi sekarang ko cakap macam tulah...masa anak dara ada berani?)..

Alahai hilang penderitaan aku memandu dalam keadaan sungguh letih dan mengantuk bila sampai jer Hotel Grand Blue Wave yang tersergam menghadap Selat Teberau. Lama dah tak dengar perkataan Selat Teberau ni sejak 30 tahun yang lepas. Rindu sangat zaman persekolahan..zaman remaja di Johor dulu......


Nanti sambung cerita ya...nak buat pavlova lah....

bye.






Chack..peace...Alisya dan Qis saat ini....

Saat berlalu Qis adalah serorang kanak-kanak yang sungguh ganas...tolong-tolong.!!!!

Model Of The Year

Qistina yang normal adalah berumur 4 tahun....

Qistina yang bila kena kejut bangun tidur mengalahkan rupa mak nenek umur 64 tahun....









Buffet bekpes di hotel suruh kita jangan biarkan makanan yang diambil tak ternakan....membazir tau..

Tapi memanglah membazirkan...kalau tak makan..maka saya yang suka berjimat ni...terpaksa habiskan dalam bilik hotel..maka saya bungkus dalam tissue roti di atas......












Ini Qistina yang buat onar, tumpahkan air mineral atas consignment notes Poslaju untuk ku hantar kolagen (Cuti-cuti pun attend customer jugak) sayang customerku!!










Grand Blue  Wave JB satu malam 248 nett...ada ruang tamu.

Bilik air yang becak...huhu

Walau becak malas lah nak complaint...dudukpun satu hari jer..

Ada ruang makan dan meja makan untuk 4 orang.

Ada pantry dan microwave..



Perjalanan ke kampung singgah melihat-lihat nostalgia zaman sekolah dulu...