Monday, September 3, 2012

Berhari Raya Di Rumah Hanis Zalikha





Assalamualaikum


Demam raya masih belum kebah. Sebulan kita berpuasa, bila syawal sebulan terus kita makan. Rumah terbuka merata-rata. Satu hari sampai 4-5 rumah walah. Bila sampai rumah yang akhir mesti tak larat dah nak pandang makanan. 

Ini kali ke tiga saya buat acara-acara makan sejak menjelang syawal. Kali pertama waktu firstday raya, ramai kawan-kawan, jiran tentangga dan ahli kariah masjid bukit jelutong turut berkunjung raya. Alhamdulillah memang meriah. Mujur ada Tourjours Skin. Walau usia meningkat tapi masih dapat berlasak-lasak semahunya.

Minggu kedua saya buat makan makan lagi. Tapi  selain sibuk memasak, menghidang dan melayan tetamu, saya harus sentiasa ingat untuk berfotografi, kalau saya tak buat semua tu maka, peristiwa hanya dapat dikenang selagi kuat ingatan tetapi tidak dapat dikongsi gambarannya.

Bila kemana pergi saya harus hangkut canon kesayangan saya barulah terakam peristiwa peristiwa yang dilalui. Harapkan budak-budak memang tak menjadi.

Minggu ketiga saya buat lagi makan makan atas permintaan Hanis. Ramai kawannya nak datang beraya katanya. Saya dari dulu memang tak suka buat open house. Kalau saya dah masak baru saya berani jemput orang. Kalau ada sesiapa yang kebetulan nak datang rumah maka memang langkah kanan waktu itu.

Namun seminggu sebelum buat acara makan-makan saya harus merancang lebih awal. Misalnya saya utamakan mengemas dan menghias rumah terlebih dahulu. Lagi 3 hari sebelum tetamu datang beraya, rumah sudah sedia terhias indah. 2 hari sebelum, saya sudah berbelanja dan menyediakan bahan masakan. 1 hari sebelum, makanan telah siap dimasak. Maka bila tiba harinya, pagi pagi lagi saya sudah menghidangkan makanan untuk tetamu.

Hari Sabtu lepas, rumah saya di datangi ramai tetamu. Makanan siap sedia sehari awal. Bila semuanya tersedia awal, petang jumaat saya dapat berhari raya di 2 buah open house. Iaitu rumah Faizal dan Ummi kenalan Hanis dan rumah Ahmad Idham.

Ketika sedang makan di rumah Ahmad Idham, tiba-tiba Hanis mengajak balik cepat kerana saya harus masak untuk kawan-kawannya yang nak datang beraya pada keesokkan harinya. Terkezut Hanis bila saya beritahu yang saya dah siap masak.



Sudut di ruang makan saya gantung gambar bunga sebagai penambah hiasan.  Bunga segar yang tahan lama saya hias di situ.


Mula-mula saya bercadang nak tukar lukisan dinding yang saya lukis dengan yang lain. Namun belum temui yang sesuai menggantikannya.




Bunga bunga hiasan yang saya beli si Sungai Buloh. Banyak lagi yang harus saya improvekan di laman ini...






Sambil sambil berfotografi, Nigel, kucing yang manja terlampau sempat menyibuk lalu Alisya memenuhi sekelilingnya dengan bantal kusyen....








Bunga yang dibeli dari Sungai Buloh ini saya letakkan di dua tempat berasingan....

Hiasan bunga segar tidak pernah janggal walau di mana.....


Alololo Nigel yang cumel....



Bunga Lily yang saya beli dari Petaling Street....


Ruang tamu memang saya tak harapkan orang lain kemas......rasa puas dan seronok dapat mengemas dan menghias ruang ini.....

Pasu tanah liat putih yang indah bagi saya......


Satu set meja makan yang di dalam ruang makan....

Dan satu lagi berada di ruang patio luar rumah....





Manjanyer.......





Jaguh yang sungguh membuat saya geram dan mahu menciumnya selalu....






Mereka bersantai santai bahagia......






Pasu berwarna ungu merah jambu yang di beli oleh Hanis....













Kerusi meja makan bila berada diluar rumah bermakna adalah diluar kawalan saya, maka dicakar oleh mahkluk mahkluk cumel kesayangan sesuka hati mereka.







Saya paling suka berada di ruang ini kerana udara masuk yang mencukupi serta menyamankan....

Fabrik sarung kerusi meja makan ini adalah pilihan anak bujang saya Ahmad Imran. Pilihan yang tepat.






Petang Jumaat, kami beraya di rumah  Ummi dan Faizal. 

 Faizal adalah seorang pengarah yang sedang meningkat naik , mengarah Filem Nur Kasih, Drama bersiri, Aku Bukan Bidadari dan lain-lain. 

Sebelah malam kami pergi ke rumah Ahmad Idham....kemudian kami pun pelawa Ahmad Idham untuk beraya ke rumah kami keesokkan harinya pula...


Gambar sendiri memang tak siapa sudi ambek....kalau tiada Alisya bersama.

Hanis ajak duduk meja yang dekat dengan Ais Krim...

Tepung pelita yang sedap namun cuma mampu makan sepelita saja....

Mereka adalah tetamu Hanis yang pertama...



Kawan-kawan sekolah Imran dari VI.   Saya hanya sempat berfotografi sekejap sekejap kerana sibuk melayan tetamu lain. Sayangnya dua batch kawan-kawan Khairi tertinggal untuk difotokan....


Dessert paling enak adalah Red Velvet Buttercreme Pecan yang dibuat oleh Imran, licin dalam sekejapan, Bread Pudding, Nasi Baryani Pilau, Daging Baryani,  Acar Nenas, Nasi Impit yang dibuat oleh Liana begitu mendapat pujian, rendang, kuah kacang, ayam masak merah, kuah lodeh hasil air tangan saya....alhamdulillah bila seorang emak kepada kawan sekolah hanis mengatakan masakan saya 'best in the world'..siap saya sertkan sekali dengan resepi untuk tetamu yang meminta....alhamdulillah yang penting tetamu gembira berhari raya di rumah saya.


Shireen (penyanyi) dan Zee (Azizah Abdul Majid)  seangkatan dengan Siti Hawa Majid penyampai radio masa tahun 70-80an. Adik beradik kepada Wan Chik Daud.



Kami bertiga dah jadi kawan baik....

Kawan baik.....

Kawan kawan Hanis dan ibu bapa mereka...tetapi tiada dalam gambar...



Pelakon yang berbakat Nad Zainal dan Sara Ali yang kini sedang berlakon dalam Bukan Bidadari.....











Customer Tourjours Skin yang semakin cun setelah consume dalam masa 2 3 bulan sahaja...Datin Aida dan anak-anak.


Kawan baik Hanis, Liana dan kekasihnya....



Anak buah kesayanganku....Nur Umairah.


Terserempak dengan Nabil di Tesco masa hari Khamis, siap-siap memberitahu, makcik, saya nak datang rumah makcik lagi sebab nak bawak peminat Hanis yang belajar di Germany tu... silakan Nabil. datang banyak kali pun tak apa...tetamu itu adalah rezeki.

Nana, adik saya bersama kawannya , Nabil dan Fiz








Ahmad Idham paling suka dengan masakan  saya hari itu, siap beritahu lain kali nak datang bawa isterinya untuk belajar masak dari saya....walah malu i....











Kawan Hanis, Yuli dan Yea



Keluarga mentua Liana yang kebetulan datang untuk beraya....









Kawan hasben




Kawan hasben


Gossip corner.....


Khusyuk dengar gebang si Vincent kawan hasben




Vincent  kawan hasben




48 comments:

Chekgu Azrine said...

Fuhh..beruntung betul dpt mak mcm kak nani..pndai masak..hehe

izz iizza said...

meriah raya ni..mesti penat melayan tetamu..:)

Iera Insyirah said...

ramainyerr.. dr pg sapai mlm.. msti letih kn? :)

Dinas Aldi said...

Suka sangat tengok hiasan rumah kak Nani, cantik :)

Norliha Samad said...

happening sungguh open house rumah kak nani.

♥MAMASYAZA♥ said...

rumah akak mmg cantik
masakan akak for sure sedap2 belaka. nasib baik saya jauh, kalo tidak saya kot org pertama yg sampai kat umah akak...hehehehe

Annyss said...

teringinnya nak jumpa auntie ni. Sama taste dgn ibu saya. Dia pun suka house ala2 tropical but with modern touch. :)

Honeydy Love said...

nice house and deco..=)

Hudalatip said...

meriah dengan tetamu, best!

Puan Eka said...

cantiknya rumah auntie...sukanya tengok..

anutie memang pandai masak,tengok yang datang semua puji.

kita sukanya dengan Sara Ali & Nad Zainal...

Mooniqueen said...

Time wedding liana sempat makan n bergambar dengan kaknani je.. Tapi tak dapat lagi rasa air tangan kak nani sendiri... Hehe... Nk datang Raya boleh?

Selamat hari raya Dari MQ sekeluarga....

dalin said...

sukenya rumah akak. byk ruang tetamu duduk/lepak. makanan sure sedap..

selalu jadikan rumah akk sebagai inspirasi hihi..

selamat hari raya kak..

keikhlasan akak terlihat dlm semua bende.. keluarga, blog..

PearlKaz said...

Kak nani.. faizal tu yg singaporean tu ke? ke saya silap? sbb muka dia sama... hehehe

dilla nadila said...

bestnye...ni bukan open house pun dah ramai
kalau open house rasenye dah macam kenduri kawen..
bestnye semua pandai masak and masak sendiri je :)

dilla nadila said...

bestnye...ni bukan open house pun dah ramai
kalau open house rasenye dah macam kenduri kawen..
bestnye semua pandai masak and masak sendiri je :)

Unknown said...

kak nani.....kagum sangat dengan rumah kak nani....bukan hanya kerana besar...tapi cara kak nani menguruskan rumah, anak2 dan super bz life tu...saya xtau la saya dapat jadi macam kak nani ni..tapi u are such an inspiration....

Molly said...

Salam Kak Nani sayang,

Sukanya entry ni. Meriah! dah berapa kali saya cakap sebelum ni pun, saya tetap nak cakap juga yang saya kagum dengan Kak Nani. Kerajinan akak menguruskan rumah. Memang dari dulu akak nak kemas rumah sendiri, walau sekarang akak dah ada pembantu rumah tapi akak tetap tak lepas tangan. Tu yang saya kagum tuh. Akak ada masa nak masak lauk, masak kek, kuih, kemas rumah, siap itu ini. Ya Allah, kalau saya confirm dah pancit! hehehe....

Akak la sumber inspirasi saya :)

Sayang Kak Nani :)

Nur. said...

aunty...meriahnya raya...rumah pon sangat2 cantik dan nampak selesa...mesti wangi dgn bunga2 segar tu kan...teringin nk mkan masakan aunty...
eh eh, selamat hari raya yee... stay gojes and humble :)

FaRah Baharom said...

cantikkknya rumah Auntie..:) tak jemu duk tengok2 deko2 rumah auntie.

mamasuri said...

first nak cakap...cantiknyer umah..wish ada id rumah camtu gak..second..sedap nyer makanan...hehehe..last..tingin nak beraya umah aunty..hehhe

aNIe said...

Salam nani...meriah sungguh beraya dirumah nani...meriah dgn tetamu dan juadah

DCKEY OJOLALY said...

pernah sekali pi rumah aunty....tapi tak dan nak masuk..sempat berdiri di pintu masuk aje...apapun cantik rumah aunty....ingat tak saya ada amik gubahan biskut buah2an dari aunty ...http://dckeyjamil.blogspot.com/2010/02/gubahan-coklat.html

jgn lupa follow blog saya ya....

Dory said...

canteknye rumah kak nani ni.. suke tgk.. bes tgk org dtg raya meriah camni.. hmm my family kalu raya xde meriah camni..semua buat hal masing2 je. sedih..

Maiza said...

My wish kepingin nk merasa raya ke Umah akak pd suatu hari raya nanti ngeh..ngeh ..telan air liur je smpai dah tahap mengidam nk merasa air tgn mu itu wahai gadis gojes ')

joijoi80 said...

sungguh happening tgk story akak... segala2 pakej ada.... bertuah nya keluarga akak dapat isteri dan ibu yg rajin...

NURHUDA said...

teringin nyer nak pegi rumah kak nani. suka sangat ngan tatarias rumah kak nani. tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri.

NURHUDA said...

teringin nyerrr nak pegi rumah kak nani. suka sangat ngan tatarias rumah yang kak nani buat. tak sabr rasanya nak duduk rumah sendiri.

abang ensem said...

Akan ku terjah rumah Kak Nani hujung minggu ni. Tungguuuuu..

Miamore said...

Kak.... I must say ur hse is soooo beautiful .... bole jd interior decorator ni...

Unknown said...

Salam Auntie,

Terkejut bila tengok beberapa keping gmbar dalam ni,Uncle D,uncle shamin ada dalam pict raya ni...yang auntie ada tulis caption "kawan husband".....he9,keciknya dunia..pusing2 kenal jugak org yg sama.....:) -Lieya-

Casa Bonda Boutique said...

salam auntie, suka bc blog auntie esp bab resepi abd decoration. dlm gambar entry ni byk fresh flower. auntie beli kat mana ye kalau area shah alam ni.

norhidana said...

cantik umah aunty, deco pun cantik sgt...

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Selamat hari raya utk kak Nani sekeluarga...
Kak Nani ni mmg ibu contoh!
dari bab memasak, menguruskan rumah, berhias cantik...mmg kak Nani terbaiklah!

Nak jadi mcm Kak Nani jugak suatu hari nanti :)

NaniRostam said...

Assalamualaikum,

Pengarah yang bernama Faizal itu memang singaporean. Isterinya ummi juga.

Bunga-bunga hidup saya beli di Petaling Street. Nampaknya bunga yang dijual di situ kebanyakannya di import dan dari jenis yang bermutu dan tahan lama. Harga pula murah berbanding Kedai Florist di SS15 Subang Jaya yang penjualnya sungguh sombong!!

Casa Bonda Boutique said...

thank u for the info. sy mmg suke bunge lily tp most florist harganye mahal. should try usha petaling street kalau nk beli byk2.:-)

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani,

Gambaran photos berhari raya dirumahnya Nani ada lah sebuah penawar bagi Ratna disini... dimana ianya begitu lengkap lagi sempurna untuk menyamankan rasa perasaan kepada diri ini yang duduk tinggal jauh nun dihujung dunia...

Alang kah... betapa indahnya lagi meriah dan mesra sekali kelihatan suasana gambaran beraya ala Nani yang bertaraf murah rezeki dengan limpahan para tetamu datang berkunjung dengan layanan yang istimewa sesungguhnya... segalanya tampak cantik&indah, tiada cacat celanya, dari keindahan decor dalaman, makan berhidang yang sempurna juga wajah-wajah lembut dengan sejambak senyuman manis... juga tidak dilupai kucing kesayangan yang comel...

TerimaKasih wahai Nani dengan isi gambaran photos yang cantik lagi sempurna, semuanya itu sudah brjaya melepaskan rindu Ratna terhadap sambutan berhari raya yang sekian lama nian tidak merasainya serupa ditanahair...

Salam manis semanis madu.

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

Kak Nani, boleh share x kat sini atau entry lain cara menguruskan rumahtangga yang sangat sempurna bagi saya dari segi masak dan kemas rumah? Sungguh saya sangat kagum dengan Kak Nani.

Satu lagi, tak basi ke makanan dimasak sehari awal untuk tetamu tu? Kena rajin panaskan yer? Alahai, soalan bijak sungguh ni sebab saya tahu insyaAllah Kak Nani tak lokek dengan ilmu dan bak kata kawan kawan lain keilhlasan terpancar dari semua segi.

You r such a supermom and lady... Sungguh saya kagum!

PERSIAPAN PENGANTIN BUDGET said...

Kak Nani, boleh share x kat sini atau entry lain cara menguruskan rumahtangga yang sangat sempurna bagi saya dari segi masak dan kemas rumah? Sungguh saya sangat kagum dengan Kak Nani.

Satu lagi, tak basi ke makanan dimasak sehari awal untuk tetamu tu? Kena rajin panaskan yer? Alahai, soalan bijak sungguh ni sebab saya tahu insyaAllah Kak Nani tak lokek dengan ilmu dan bak kata kawan kawan lain keilhlasan terpancar dari semua segi.

You r such a supermom and lady... Sungguh saya kagum!

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

rasa mcm nk dtg beraya umah untie je :)

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

rasa cam nak p beraya umah untie jer :)

aizeepesona said...

Sambutan hari raye kak nani yang penoh glamer...

nampak cantik & menarik pulak gambar anak buah kak nani yang kat kerusi putih tu...suke tengok

cantik erk pelakon nad zainal tu...

Unknown said...

MasyaAllah..almost perfect..all praises to Allah the almighty

Mari sempurnakan penutupan aurat kita, Lets do it!

Si Matatajam said...

Kesimpulannya...Masakan auntie Nani mesti mabeles kan....sebab tu ramai yg memuji...

MEEJA said...

really admire every single thing

skuterlady.blogspot.my said...

aduhai.... cantiknya untie nanie!!

Ztee_Azwanis said...

selamat hari raya kak nani...

nk dtg beraya rumah kak nani jugakkkkkk.. uwarghhh

siti.fizzie.fizz said...

auntieeee, ni Fizz, saya tak minat Hanis, saya lagi minat auntie la! Hehehehehheh (jangan marah Hanis)

Anonymous said...

cantik rumah, teringin ayesha sertai makan bersama..