Monday, January 24, 2011

Kalaulah Dia Berkata Depan Saya

Assalamualaikum...

Entri ini saya tujukan khas buat pembaca blog saya yang tersayang. Boleh pulak dia kata betul ke gambar-gambar pokok yang saya letak kat blog ni pokok yang saya tanam. Entah-entah tangkap gambar pokok kat mana-mana entah kemudian dengan rasa seronok letak dan cerita pokok tu saya yang tanam. Kalau lah dia berkata-kata begitu di depan saya memang saya cubit-cubit dia sampai lebam.










Aku Anak Penoreh Getah

Assalamualaikum....


Baru semalam hujan turun renyai-renyai. Basah hujung-hujung rumput. Hujung-hujung daun. Tanah pun basah. Angin dingin naik ke muka. Perut merintih-rintih minta di isi. Aku masuk ke dapur. Ku pandang dua biji periuk belanga yang baru semalam disental dengan sabut kelapa bercecah abu kayu api oleh kakak sulong ku berjaya menjadikannya separuh hitam separuh berkilat tersusun atas para.

Perut makin rancak berlagu. Ingatan ku pada zaman aku jadi anak penoreh getah yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang padam tiba-tiba. Itu zaman era bumi melayu baru terlepas dari ikatan yang mencekik leher oleh penjajah. Sekarang kalau aku jadi anak penoreh getah...setakat viva elite tu memang hari-hari aku bawa ke sekolah menengah.

Sudahlah. Pagi-pagi yang basah ni boleh pulak terkenang pokok getah. Aku capai roti yang dah dua hari tak sempat nak makan. Aku capai mangkuk caserrol putih. Aku susun roti di atasnya. Bermulalah acara memasak Puding Roti Bersoskan Krim.






















Ok resepi puding.


Bahan-bahan :-


Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan

gula 1 cawan

telur 6 biji

esen vanila 1tsb

butter 4 tsb

kismis-agak2

serbuk kayu manis.1tsb



Cara-caranya:



Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit




Sos Krim.



Cara-caranya.



Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.


Sunday, January 23, 2011

Siapa Kata

Siapa kata dalam hati kita penuh dengan ketulusan. Siapa kata ramai diantara kita sanggup mengorbankan kebahagiaan hati sendiri.Siapa kata mahu membahagiakan hati sendiri perlu memikirkan hati-hati yang lain.

Untung badankan bila kebahagiaan hidup itu datang bagai arus deras melimpah-limpah membanjiri hati. Tak perlu berasak-asak, bertolak tolak untuk menggapaikannya.

Namun selalunya tidak semudah yang dicita. Adakalanya arus perlu ditongkah untuk mencapai impian hati,

Kita boleh membentuk jati diri. Menggarap prinsip seteguhnya. Namun perjalanan yang panjang itu pasti ada liku-liku yang tak mampu kita tafsiri.

Hari ini kita berpegang janji pada diri. Kononnya tidak mahu menyakiti hati orang lain. Tak ingin berkompromi tentang berkongsi kasih, berpaling kasih. Tetapi esok lusa lain ceritanya. Segala prinsip yang digenggam mudah benar terlepas jatuh terhempas. Segala ego tercalar balar.

Tiba-tiba mengapa yang lain bukan lagi penting. Hati dan jiwa raga orang sekeliling nyah dipersetankan. Hati sendiri lebih penting. Perasaan sendiri lebih utama.

Kerana itulah kebahagiaan yang harus di kejar. Benarlah rupanya untuk mencapai impian dan kebahagiaan hati kita harus tidak memikirkan siapa-siapa yang lain. Kita harus jadi manusia yang mementingkan diri sendiri.

Kalau selama ini selalu berkata aku tak ingin ada hubungan dengan suami orang. Tup-tup hari esok termeterai akad sebagai isteri kedua.

Bagaimana kita menangani soal hati terpulang pada pertimbangan kita tentang orang-orang disekeliling. Adakalanya hubungan yang tidak direstui ibu bapa misalnya harus kita lupakan kerana kita tidak mahu mementingkan diri sendiri. Tak tergamak melukai hati orang-orang menyayangi kita walaupun hati sendiri hampa terluka.

Memang sukar untuk tidak mementingkan hati dan perasaan sendiri.Lalui itu semua jika perlu. Hati kita, jiwa kita adalah hidup kita.

Namun banyak hati yang perlu dijaga. Banyak kali hidup ini memaksa kita membuat pilihan. Samada memilih untuk fikirkan orang-orang lain yang kita sayangi atau memilih untuk membahagiakan hati sendiri.

Usahakan dan yang selebih biar Allah s.w.t yang menentukan.

Kalau berani berumah ditepi pantai, pasti sanggup sanggup dibawa ombak ketengah lautan. Esok-esok kalau terdampar di pantai lain...jangan dipandang masa silam kerana itulah kehidupan yang telah kita pilih.

Friday, January 21, 2011

Susah Sangat Ke Nak Buat Baik Dengan Orang

Assalamualaikum...

Ada seorang pembaca blog yang meninggalkan komen di blog seseorang dengan kata-kata lebih kurang begini :-

"Saya suka blog akak. Akak ni sempoi tak macam blog nanirostam, asyik nak 'upkan' diri sahaja'".

Saya tahu, orang begini tak boleh layan...just ignore. Banyak lagi orang yang baik-baik dalam hidup kita.

Cumanya saya rasa terpanggil untuk berkisah tentang betapa ramainya antara kita mempunyai sifat berprasangka, suka mengata, tidak tahan melihat orang lain lebih daripada kita.

Bukankah lebih baik kita melihat kelebihan orang lain, pengalaman hidup orang lain, jatuh bangun orang lain, sebagai panduan untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik. Tidak rugi kita merapati orang yang kehidupannya lebih baik dari kita. Kalau kita rapat dengan orang berjaya insyallah satu hari pasti kita pun boleh berjaya. Kalau kita bergaul dengan orang duduk bawah jambatan, sampai bila-bila kita tetap di situ.

Mengapa mesti mencemburui saya begitu sekali. Susah sangat ke kita nak hilangkan prasangka, berbuat sesama manusia. Kawal rasa cemburu dan hasad di hati.

Kalau tak buta huruf, faham bahasa bak bahasa yang lebih indah iaitu reti bahasa, rasanya apa yang saya tulis itu bukan untuk menunjuk-nunjuk. Banyak yang mahu resepi, maka saya tunjuk gambar lauk pauk di atas pinggan-pinggan saya, meja makan saya...kerana itu diri saya, cara saya menghidang, cara saya dimeja makan.

Ada yang mahu saya cerita pasal dekor maka, saya tunjukkan dekor rumah dengan penerangan tentang harga murah barangan tersebut. Justeru itulah diri saya, saya yang sukakan keindahan, kecantikan, kedamaian.

Daripada merasakan yang saya menunjuk-nunjuk cuba kaji balik, ada tak perempuan lain seperti saya yang bercerita dengan jatuh bangun saya, menjual kuih, nasi lemak, ais krim malaysia tepi jalan. yang bercerita, pernah makan nasi dengan garam dan tanpa berselindung bercerita tentang tidur atas lantai selepas berkahwin. Dan cuba fikirkan mengapa saya yang teruk kecundang tempohari boleh bangun dan berjalan semula.

Mengapa? Kerana dalam diri saya, saya suka berbuat baik sesama manusia. Kalau itu sifat kita insyallah Allah akan selalu merahmati kita. Tak rugi berbaik sesama manusia ni. Contohnya berapa ramai yang approach saya, ingin berkenalan dengan saya, kenali hati budi saya dan setelah berkenalan..kami menjadi sahabat karib. Seorang pembaca blog saya yang tinggi budi bahasa, orang kaya, bersusah payah menelefon hampir setiap minggu dari Perancis semata-mata mahu berkenalan dengan saya, mengenali saya secara lebih dekat, nah lihat sekarang kami jadi sahabat baik. Jujur, ikhlas berkawan. Dia menyanjung saya, berkali ganda saya menyanjung dia. Tak rugi kan berbuat baik sesama manusia, Allah pasti suka.

Menjalani kehidupan sehari-hari tanpa mahu membersihkan hati untuk berbaik sesama insan, belajar dari kehidupan orang lain maka sangatlah menyedihkan diri itu.

Kalau saudara-saudari perasan yang rumah saya terdapat pintu gerbang style Bali. Terus terang saya jelaskan, saya bukanlah banyak sangat duit nak mengutamakan penampilan hadapan rumah saya sehingga memperuntukkan wang untuk membuat itu.

Tetapi cerita disebalik itu adalah satu hari seorang telah melanggar tembok pagar disebelah pintu pagar depan rumah saya.

Kejadian itu berlaku waktu malam. Dan keesokan harinya saya sungguh terkejut melihat tembok depan rumah saya ranap dilanggar orang. Setelah saya meninjau-ninjau saya dapati ada sebuah kereta yang diletakkan di depan rumah jiran selang dua pintu dari rumah saya yang ada kesan-kesan melanggar tembok tersebut.

Bila saya cuba membunyikan loceng untuk menanyakan hal tersebut, saya dapati tiada siapa dirumahnya. Maka saya tiada pilihan pergi membuat laporan polis tentang kejadian itu sebelum berlalunya 24jam dari waktu kejadian. Baru sahaja saya sampai di balai polis, tiba-tiba dapat panggilan dari suami mengatakan tidak perlu buat apa-apa laporan kerana pakcik kepada jiran saya telah datang menjelaskan tentang semua kejadian itu.

Rupanya, malam itu adik jiran saya mahu pulang ke kampungnya di kelantan. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia tertinggal barang di rumah abangnya lalu berpatah balik. Sampai di simpang jalan rumah saya, ketika dia mahu menekan brek keretanya, tiba-tiba dia gagal berbuat begitu kerana dipedal brek keretanya terselit botol mineral yang menghalang. Dia cuba mengambil botol tersebut malangnya tidak sempat lalu keretanya melanggar tembok depan rumah saya. Mujurlah dia tidak apa-apa. Dia cuba membunyikan loceng rumah untuk memberitahu tapi kami semua tidur mati.

Malam itu juga dia terpaksa pulang ke kampung, maka dia tinggalkan kereta yang melanggar tadi di depan rumah abangnya sebagai memberitahu kami bahawa dia yang bersalah melanggar manakala dia pulang ke kampung menggunakan kereta lain.

Disebabkan tidak mempunyai telefon no kami, maka dia menghantar pakciknya yang berada di KL untuk datang memberitahu.

Demi menjaga perhubungan baik sesama jiran, keesokan harinya, jiran saya iaitu abang kepada yang melanggar tembok itu datang menemui suami saya dan bersedia membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut. Maka dengan wang tersebut saya mempunyai idea itu mengupah orang indon membuat pintu gerbang dengan kos yang paling minima kerana saya sendiri yang membeli barang-barangnya.

Nah lihat, bagaimana kalau hati kita baik, lemah-lembut tidak marah-marah maka baiklah yang kita dapat. Begitu juga boleh dilihat betapa jujur dan baiknya jiran saya. Rentetan dari kejadian itu, dapatlah saya berkenalan dengan jiran seorang lelaki bujang yang boleh digelar jutawan dan barulah tahu macam mana cara dia berniaga. Patutlah...seorang bujang tapi mempunyai rumah yang cantik, sebuah motor besar, kereta bmw, kereta sport. Pandai berniaga. Berniaga bermusim di bulan puasa. Katanya setiap kali nak raya di memperolehi hampir sejuta maka selepas raya sepanjang tahun tak perlu kerja.

Begitulah apa yang saya nak tulis, tak rugi buat baik dengan orang. Malah hidup akan sentiasa diberkati Allah.


Wednesday, January 19, 2011

Mahu Cantik?

Assalamualaikum...

Ramai yang bertanya macam mana saya jaga paras wajah dan badan yang menten walaupun dah beranak tujuh you. Alhamdulillah..Jawapan pertama saya..beranaklah banyak-banyak. Tetapi disebabkan ko tu dah tutup kodai maka usahakan lah cara lain.

Nak cantik tak mudah ya kakak-kakak. Kena usaha jugak. Pakai kederat, pakai duit, pakai masa.

Jangan harap muka ko sama macam sepuluh tahun yang lepas bila ko bangun pagi tadi ..kalau kau punyalah malas nak cuci muka, nak makan kolagen, nak makan vitamin, nak pakai krim bagai.

Orang perempuan ni kena cantik dari hujung kaki ke hujung rambut...baru sedap mata laki ko mandang. Kalau setakat ko jamu laki ko makan sedap-sedap ..tapi muka ko tak semenggah...perot laki ko boncit ko cinta kasih sayang lagi kat dia tapi bila perot ko yang boncit...muka tak semenggah...hari ni memang ko seronok sebab perasan laki sayang kat ko...esok lusa jangan berharap perkara yang sama ya. Dia belum nampak yang lain.....

Spesis manusia tak macam spesis ikan. Ikan betina ni pulak kalau yang jantan tu tak cun...maka tak hendaknyer dia...advance jugak spesis ikan ni. Pandai ikan betina kan.

Lagi satu yang saya perasan perempuan ni kalau malas jaga badan..jaga muka...memang sah-sahlah malas juga nak buat kerja -kerja lain.Ko kalau dah dasar. Jangan ada yang terasa sebab saya tahu pembaca blog saya rajin-rajin belaka. Kalau bukan jenis yang rajin mesti dia tak minat apa yang ingin saya sampaikan dan tuliskan di sini.

Jadi sesiapa yang berminat nak tahu petua-petua kecantikan dan produk kecantikan yang saya guna maka sama macam nak order kek...sila telefon saya...terima kasih.



Pokok Pandan Jauh Ke Tengah

Marilah pokcik mokcik...jangan banyak cakap, mari kita belajar menanam pokok. Saya ni part-part pokok pokokan..bunga-bungaan memang kecintaan saya. Almaklumlah anak orang kampung. Hidup dikelilingi pokok-pokokan belaka. Lagipun jangan ingat bahasa sahaja perlu berbunga-bunga laman pun perlu bunga-bungaan ya. Barulah hidup ini indah warna warni sama macam laman kita. Banyak pokok bunga baru sedap mata memandang keindahan ciptaan tuhan dapat menerapi minda supaya pandang hidup ni lebih positif. Jangan buang masa bercakap sahaja. Lepas solat asar nanti ambek cangkul tanam pokok.

Saya ni suka keseimbangan. Bukan setakat nak yang cantik sahaja tetapi nak juga yang berguna, boleh makan, boleh pakai. Orang kata hidup ni kena belen. Itu sebab saya tanam pokok-pokokan, herba-herbaan yang memudahkan saya memasak tanpa perlu kering lama dalam peti sejuk.

Cumanya saya ni tak berapa ada masa nak betul-betul menjaga laman dan tanaman saya ni. Maklumlah jaga dua anak orang yang masih kecil, jaga makan pakai anak sendiri, jaga makan pakai suami, jaga rumahtangga sendiri, buat kek, berniaga kek, berniaga collagen makanya...alhamdulillah tiada masa bukan alasan ya.....hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kudrat kita Allah bagi untuk digunakan benda yang mendatangkan hasil...bukan duduk mengata, merempit...bergossip.




Ini adalah pokok daun turi. Tinggi macam tuan dia.
Daun turi ini sedap giler macam lemak campur udang atau ikan bilis. Sangat bagus untuk membanyak susu ibu. Sesiapa yang ada masalah kekurangan susu bolehlah tanam pokok ni dan petik pucuk dia...makan seisi keluarga.

Jambu air ni yang merah dan panjang tu...kalau dah ranum...makan cicah dengan kicap pon sodap.

Beberapa pokok tomato yang saya tanam. Senang tumbuh dan berbuah.



Belen-belen beli dari kedai tu...cucuk pun hidup.


Belen-belen beli tak habis cucuk pun hidup.

Pokok daun manis...agak2 kehabisan gula...time tetamu datang rendam dengan teh pun boleh.memang manis.

Daun ketumbar indonesia.

Daun kemangi.

Lemon.
Limau Purut.
Daun peppermint.

Pokok belimbing buloh...masih kontot ya...tunggulah dah berbuah nanti...aku gulai ko

Cili padi pedas berapi.
Limau Kasturi

Serai yang tak berapa sempat nak membiak...asyik masuk dalam peroyok tomyam
Pokok kunyit
Pokok pandan jauh ketengah.

Pokok cili merah

Pokok longan

Hmmmm
hermmmmmm.....
pokok pegaga

pokok anak suri.penuh duri


bunga mawar
bunga raya


kobis air


pokok selasih



pokok basil.







































Tuesday, January 18, 2011

Apa Ada Pada Gelaran

Assalamaualaikum...


Hari itu ada orang orang tanya tak risaukan ke lepas anak pergi travel dan duduk rumah budak lelaki. Sedangkan seorang uztad pun belum tentu tak buat maksiat. Begitulah antara maksud kata-kata mereka.

Bagi diri saya, saya kenal siapa Hanis. Kalau anak-anak membesar dibawah didikan kita..didepan mata kita, mendapat sepenuh kasih sayang dan perhatian kita. Kita lah mak bapak, kitalah juga sahabat karib mereka, kitalah segala-galanya bagi mereka maka insyallah anak-anak akan memiliki keperibadian yang teguh. Saya yakin Hanis tahu menilai baik dan buruk, pandai bawa diri dan hanya berkawan atau akan menemui kawan-kawan yang baik-baik belaka.

Malah sebagai seorang mak pasti saya bersyukur bila ada orang yang pernah berkerja dengan Hanis datang kepada saya dan melahirkan rasa kagum mereka kerana saya berjaya mendidik Hanis menjadi seorang gadis baik, yang berhemah tinggi, berperibadian teguh (firm), berbudi bahasa dan disenangi oleh semua orang.

Cuma bagi saya, silapnya orang kita selalu menilai bahawa seseorang yang dipanggil uztaz tak akan buat maksiat sedangkan orang yang nampak secara luarannya tidak memakai tudung, berambut perang, nampak outstanding itu yang dianggap tidak baik, tidak kuat iman, tidak berpendirian teguh tidak kenal dosa pahala.

Bagi saya uztaz itu hanyalah gelaran seseorang yang pandai mengajar hal ehwal agama dan gelaran itu belum tentu menentukan kekuatan iman seseorang. Justeru itu banyak terdapat seseorang yang digelar uztaz tetapi merogol, menyeleweng dan sebagainya hanya kerana uztaz pun manusia biasa, adakalanya lemah terhadap bisikan nafsu dan syaitan.

Malah ada juga orang yang luaran tampak bukan yang kuat agama tetapi dalaman nya lagi teguh imannya.

Jadi jangan kita mudah menghakimi seseorang secara luaran sahaja.

Memanglah mak bapak mana yang tak risau melepaskan anak dara travel keseorangan. Tetapi saya tahu si budak Nabil yang baik itu menunggunya di airport. Dan saya kenal siapa kawan-kawan Hanis. Saya yakin hanis hanya berkawan dengan orang yang baik-baik. Maka kalau hanis seorang gadis baik insyallah pasti ditemukan dengan orang yang baik-baik sahaja.


Saya tak nampak mengapa harus risau melepaskan Hanis melancong cuma beberapa hari sambil menginap di rumah ex classmate yang saya kenal baik termasuk ibu bapanya, sedangkan satu hari nanti saya juga terpaksa melepaskannya belajar di luar negara bertahun lamanya.

Saya juga yakin...budak-budak lelaki yang berada di negara-negara barat itu sudah pasti menerapkan dalam diri nilai-nilai moral dari lelaki barat yang mempunyai rasa hormat terhadap wanita tanpa mahu menyentuh atau mengusik tanpa keizinan wanita tersebut.




Anak dara saya yang belum mempunyai kekasih semata-mata mahu membela nasib ibu-bapanya dahulu sebelum berkahwin.
Sebenarnya suka berada di airport sebab macam rasa nak itottttt..............


Adik-adik turut excited walaupun sedih dalam hati rasa nak itottttt......




Dipanjangkan cerita.....satu keluarga menghantar Hanis ke airport untuk pergi melancong dengan perasaan nak itottttttttttttt.......

Monday, January 17, 2011

Tak Manis Anak dara Macam Tu

Budak ni demam hari ni. Mak dia tak hantar. Tengoklah macam mana dia baca sambil letak kaki kat atas meja macam tu.Tak boleh belah tengok dia letak kaki tu kan...

(Arissa!!!berdiri tu elok-elok sket ...ishk budak perempuan mana boleh macam tu..tak manis") ni kalau kena kat makcik yang suka vevel la kan....



video

Sebijik-bijik Ngap Ngap

Assalamualaikum.


Dah dua minggu kot tak makan Red Velvet. Budak-budak pun dah rindu. Maka semalam memanjakan diri dengan Red Velvet cappi dekeret dengan oreo dan syuge pes....yummy.







Saturday, January 15, 2011

Hidup Penuh Tajuk

Assalamualaikum...

Marah orang...asyik citer pasal makannnn jerr.

Kecik-kecik aku dulu...makan tu perkara yang paling last mak aku masukkan dalam diari hidup kita orang. Kalau kita orang adik beradik citer-citer pasal makan memang kena hamput "kau tak da kerja lain citer pasal makan jer"huhu....

Aku tahulah mak aku ni kategori orang jawa yang paling jimat dan tak pentingkan makan dalam hidup dia. Kalau ada duit simpan.Ada duit simpan. Kadang-kadang bila time aku dapat gaji kerja kilang dulu, aku beli makanan, cukup-cukup dia berleter 'kau ni besarkan makannn jer. cubalah ada duit tu simpan!!. Dah hafal dah...satu-satu. Dah lali dah telinga aku dengan leteran emak.

Aku pernah terfikir dulu kenapalah hidup kami susah sangat. Makan nasik dengan garam pernah. Makan nasik dengan ajinomoto pernah. Makan kerak nasik rendam air pernah. Masak nasi campur jagung pernah. Satu hari pernah tak makan nasik cuma makan ubi rebus dan pisang rebus pernah. Makan nasi lauk ikan kering bakar kadang kukus pernah sebab tak da duit nak beli minyak. Masak lempeng pisang atas daun pisangpun sebab tak da minyak. Walau bertandan pisang belakang rumah tapi tak pernah merasa makan pisang goreng semata-mata emak aku tak mahu beli minyak masak....

Bila masing-masing dah dewasa baru kami terfikir bahawa emak sanggup ikat perut dan makan sekadar nak sambung sepam dua nyawa semata-mata nak simpan duit. Sampaikan hampir seratus ribu duit emak hilang baru-baru ini...bila kami dah tua begini baru kami tahu banyaknya duit emak kami.....

Kini bila kami adik beradik ada kehidupan sendiri...tak ada seorang yang terror simpan duit macam emak. Masing-masing macam nak balas dendam. Ada duit sahaja benda lain semua tolak tepi. Kita makan dulu!!!.

Aku pulak langsung tak mewarisi hati kebal macam mak aku. Aku sanggup berhabis duit untuk bagi anak-anak makan, makanan yang sedap-sedap. Tetapi aku sendiri bukannya pemakan sangat. Agaknya alah bisa tegal biasa. Perut aku dari kecik tak biasa makan banyak...itulah pasal.

Namun kini bagi aku walau perit derita masa kecil..itu merupakan satu pengalaman yang paling bernilai. Tanpa pengalaman itu semua, maka aku tidak mungkin di sini. Aku tidak mungkin lahir sebagai perempuan yang sanggup bersusah payah, abaikan tidur, abaikan letih, abaikan rehat semata-mata berhempas pulas mencari rezeki sesuap nasi menyara keluarga aku. Tanpa pengalaman itu aku tidak setabah ini.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman hidup yang tidak semua pernah melalui.

Biar hari ni aku bercerita pasal makanan kegemaran aku. Sejak anak-anak kembali ke sekolah...aku masak ala kadar kerana sudahlah Alisya tak gemar makan nasik dan budak suka nari ni pula lebih suka mi atau kuew teow maka untuk adil kepada kedua-dua budak ini aku ikut selera tekak sendiri...sabar ye...

Hari ni aku masak lomak cili padi rebung campur udang, memang aku serender...pantang jumpa. Satu-satunya lauk peberet aku. Makan setiap hari pun tak jemu. Makan memang tak jemu...masaknyer jer jemu. Peria katak goreng tipis-tipis dan ikan kerisi goreng. Sekejap-kejap mak ambek pinggan dok ulang makan nyah... Tak pa rebung masak lomak cili padi punya pasal bagi chans porut tu buncit tak der hal punyer...




Inilah masak lomak yang paling sodap pernah mak rasa. Bahan-bahan :- cili padi, udang kering, bawang merah, serai, lengkuas, buah keras, asam keping, serbuk ayam dan santan pekat.Ini adalah resepi ulang tayang...jika dah hafal sila abaikan ya....



Peria katak goreng tipis-tipis. Pahit lomak-lomak sodap. Bahan-bahan :- peria, kunyit, ajinomoto, garam. gaul dan goreng deep fry. Bagi chans lagi kat porut.

Ikan kerisi goreng garing. Bahan-bahan :- Ikan, kunyit hidup, bawang putih dan garam. gaul dan goreng.



Yang pinggan tu (bukan nak menunjuk tau) jangan salah sangka. Nak bagi tahu jer sebab ada orang bertanya...yang putih-putih mulus tu den boli di parkson pavilion. Harga tak mahal diskaun 70% then satu jadi lebih kurang sepuluh hengget.Yang pinggan bulatan gold tu harga dia 12 biji rm33. Beli ketika KL Hilton tutup kedai.