Saturday, February 26, 2011

You Are Not Ugly. You Are Just Not Your Own Taste.

" U are not ugly. You are just not your own taste".



Betul sangat.... Sebab itu memang sifat manusia. Selalu sangat kita kagum melihat kecantikan orang lain dari diri sendiri.



Bila kita lebih kagum dengan kecantikan orang lain bermakna kita tidak mengkagumi diri sendiri. Dan juga bermakna yang kita sendiri pun ada yang tak berkenankan akan sesetengah anggota badan yang Allah jadikan untuk kita. Memang kedengaranynya seolah-olah kita tak bersyukur. Tetapi itulah manusia ...mana ada sifat sempurna.



Pasti ada keluh kesah sana sini...tak puas hati sana sini. Tipulah kalau kita sentiasa puas hati dengan segala yang Allah beri. Bila ada kekurangan diri, jauh di sudut hati pasti terdetik jugak...kenapalah gigi aku ni jongos macam ni...kenapalah punggung aku rata je.., kenapalah dada aku leper jer...kenapalah rambut aku kerinting macam berus dawai, atau setidak-tidaknya kita pasti tertanya-tanya kenapalah muka orang tu putih, cantik, halus, gigi cantik, body cantik, kenapalah kenapalah...kenapalah...dan kenapalah.


Susahkan nak tipu diri sendiri. Kalau pipi kita kembong, hidung kembang, kulit hitam, gigi jongang, dada gepeng sekeping, leher pendek, badan ketot, dah tu rambut kerinting halui yang tak boleh nak bentuk apapun...dah buat rebonding ke..relaxing ke...tahan dua tiga minggu jelah...lepas tu balik ke kerinting halui balik, tak mungkin kita merasai yang diri kita cantik. Bukankah kita pun diberi Allah akal fikiran. Tahu menilai mana yang cantik mana yang hodoh. Tahu membezakan mana yang buruk mana yang elok.


Kalau kita rasa kita hodoh bukan bermakna kita tidak bersyukur dengan diri kita. Cuma selagi kita manusia biasa kita pasti mahukan yang lebih baik dari itu. Mengimpikan rupa paras yang elok. Itu memang naluri setiap manusia. Tak perlu dinafikan.



Cuma kita perlu ingat, bahawa kecantikan itu bukan sahaja subjektif tetapi harus diselenggara! Dan yang demikian diri harus rajin untuk tampil anggun dan menarik bagi yang memandang. Maksud saya selenggara adalah 'grooming'.



Sejujurnya seringkali saya lihat seorang yang boleh saya kata tidak begitu cantik paras rupanya, tetapi bagi saya dia kelihatan menarik, bila cara dia berpakaian kemas, anggun dan elegan, rambut atau tudung yang didandan, pandai menyesuaikanan kasut dan tas tangan, wajah dijaga rapi dengan sedikit makeup yang tipis tetapi tampak menawan dengan senyuman manis. menawan.



Nak kecantikan itu tidak datang dengan mudah. Sekalipun Allah bagi dia rupa paras yang molek tetapi kalau dia sendiri tak tahu nak grooming, maleh nak mandi, maleh nak jaga muka, maleh nak bersenam, kerja tidur, kerja makan....ingat boleh nampak cantik anggun ke?



Jangan ingat orang arab yang kita nampak cantik menawan tu bangun tidur jer terus berjalan ditengah alam. Tidak....tidak begitu. Biar paras rupa indah menawan, mereka tetap berhabis untuk grooming. Tengoklah mereka bertebeng pun di kaunter mac, bobbibrown, dan sebagainya.



Kesimpulannya, Allah jadikan manusia ini ada yang cantik ada yang kurang cantik. Maka sekiranya Allah jadikan paras rupa dan bentuk badan yang bukan impian hati atau seperti yang kita inginkan, tetapi kita masih boleh kelihatan anggun dan menawan dengan syarat jangan malas untuk grooming.



Jangan malas jaga badan, jaga muka , jaga penampilan diri. Kalau ada sifat rajin begitu memang anda seorang yang cantik!!!



Apa yang saya bincangkan di sini ialah kecantikan fizikal yang dipandang orang secara jauh dan dekat. Kecantikan dalaman itu belum termasuk dalam perbincangan ini. Harap maklum.

17 comments:

Cik Puan Nurul said...

setuju tuh kak..kalau cantek dan tak dijaga dgn baik akan nampak huduh gak lelama kan..penampilan dan cara kite berpakaian mmg memainkan peranan penting kan.pernah tgk seorg gadis yg bertumbuh gempal sangat berkeyakinan tuk keluar bergaya, tak segan menggayakan fesyen yg terkini.pd sy kan sst pakaian tu akan kelihatan lawo n sesuai ngn si pemakainya bila si pemakainya kelihatan begitu selesa n yakin.

Hannah Haykhall said...

Salam..
Aunty,
sejuk hati baca tulisan aunty. Rasa macam mak bagi nasihat dekat anak2 je. Saya tergelak baca part yang rambut rebonding2 tu..heeeee...kelakar..

Ye, manusia memang tak reti bersyukur dan cepat lupa (saya le tu)..Kadang-kadang ada lagi manusia yang tak cukup sifat and kurang bernasib baik daripada kita ni. Tapi, masih jugak nak komplen tak puas hati. Rasa serba-serbi tak cukup.

Contohnya saya susah nak cari saiz kasut sebab kaki stok panjang dan lebar (size us 12).Memang kene pergi kedai-kedai tertentu je lah. Itupun kadang-kadang rasa "ish, jelesnya tgk orang kaki kecik2" "kan best kalau kaki aku comel cam ni". Tapi pernah tak terfikir apa agaknya perasaan org yg tak ada kaki or lumpuh..Lagi kesian kan?

So, kena selalu ingatkan diri and bersyukur banyak2.Sori tulih panjang2 aunty. Excited sket..heeeeee...Selamat mem'baking' & masak2" aunty!!

missbby said...

Betul la kak nani..itulah hakikatnya manusia yang memang tak pernah puas hati..:)

cik suka senyum said...

klaka la aunty pasai rambut kerinting tu..hehehehe

cik suka senyum said...

moral of da story~ mesti wajib jage penampilan baru bole cantikk gituw..hehe

ariana said...

Setuju sangat...apapun mestilah dijaga, dipelihara..ibarat pokok yang memerlukan baja juga..:)Disertai pula dengan jiwa dan hati yang bersih, barulah terpancar kecantikan itu..:)

Rina Rahamat said...

kak nani..sy x cantik..dah mekap pon still tak cantek..camno?

yuyu jannah said...

terima kasih kak nani bg motivasi..saya selalu rasa rendah diri.nak2 di alam hamil ni.dengan alahan kat muka..kena rajin..yes!!

Firdaus said...

Saya setuju dgn akak! ;)

plg best part maleh mandi, maleh nak bersenam, keja tido on so on.. Haha

Bintangjauh said...

Salam Ratuku Nani, alang tu..Ratna tersemyum simpul pabila Nani ibaratkan: kenapalah punggung aku rata dan pipi kembong, menimbulkan kembali ayatan atau bahasa "popular" tersebut diwaktu cuaca nan sejuk "icy" segini ditanah Peranchis ni, naik semula itu semangat untuk memulakan hari yang "gloomy" ini.

Walaubagaimanapun, sememangnya benar kita sebagai wanita sering kali merasai ketidak-puasan terhadap diri-sendiri pabila menyentuh bab kecantikan, siapa yang tidak teringin menyerupai seperti Monica Belucci atau Jessica Alba (diPeranchis yang dua ni dianggap punyai "perfect 20" maksudnya sempurna sungguh!
Iya, penampilan diri dan pandai menyesesuaikan cara berdandan begitu "vital" bagi melengkapkan diri sebagai wanita dimana pertandingan "commercial ads" begitu berlumba-lumba mem-promotes barangan kecantikkan untuk siapa sahaja yang kurang jelita menjadi jelita. Panjang kata lumrah sebagai manusia biasa akan terusan mengejar untuk menjadi manusia luar biasa. Siapa yang tidak teringin menjadi cantik-jelita, memang tipu diri-sendiri pada sesiapa sahaja yang menolak hakikat tersebut.
Wahai Ratuku Nani, bertuah punyai Ratu seperti Nani yang lengkap dari segi kecantikan, bravo dengan "arguments" yang tidak dinafikan tiada dialas oleh "ambiguity" perasaan bila difikirkan kembali.

Salam manis manis madu.
note; panjang menjela seperti biasa pabila si-BintangJauh ber-komentar!!

mamawana said...

Setiap org punya kecantikan tersendiri yg tak pernah diakui. maksudnya dia tak perasan dia tu sebenarnya canteeekkkkkk. Mcm mwana. Kua...kua...kua....(perasan terlebey sudaaa) Dah kembang beranak baru perasan gambar masa muda2 dulu mcm model. kui kui kui.. apa2pun syukur segalanya.

Misz-ella said...

baru balik dari grooming dan selenggara kat Dewi Sri Spa tadi kak. nak jaga 'anugerah Allah' kpd kita.

dh cukup bersyukur wlaupun tak cantek, tinggi dan menawan mcm akak. hihi ..

{ finieViolet} said...

Assalamualaikum..

terasa betul diri ini dgn entry2 Pn Nani..tapi Pn dah menyedarkan diri saya ni..saya harus bersyukur dgn apa kurniaan Allah pada saya.. Kerapkali sy mengeluh dgn kejadian Allah yg telah dkurniakan kepada saya. Walaupun ada yang memuji saya cukup sempurna, tapi saya tak pernah percaya dengan kata2 mereka. Sebab saya rasa mereka hanya ingin ambil hati bukan memuji. Pujian hanya bagi Allah. Tapi saya bersyukur dan ingin kurangkan mengeluh kerana ada lagi insan2 yang lebih kurang bernasib baik dari saya.. Terima Kasih Pn. Nani atas entry yang sangat memotivasikan ini..

Oyis said...

susah nak rasa cantik bila tgk balik gmbr zaman anak dara dulu! :P (walaupon x la lawa mana, tp can never look like that dah huhu!)

mamashikin said...

akak,
setiap entri yg akak buat terkesan kpd sy. Contohnya mcm entri ni, sekurang-kurangya memberi ingatan kpd sy..mnjaga penampilan diri..so lpas ni, nk make sure yg diri sentiasa kemas, rapi, dan bersih...

Hanna said...

thx kak...mengingatkan utk bersyukur dengan apa jua yg telah dianugerahkan oleh Allah...

saya sgt sedih sbb org judge saya dari luaran...dorang tak selami hati saya...lps tu attack dengan kata2 pedas dan menyakitkan hati dan halwa telinga...dah puas bersabar dah ni...

Mak Izz said...

sll mendapat inspirasi dr blog k'nani. terima kasih!