Monday, November 29, 2010

Lihat Sekeliling Siapa Yang Pernah Mensaiko Anda

Secara jujurnya, sebagai ibu harus saya rasa seronok berbaur bangga dengan perkembangan anak-anak saya dan bercerita secara santai apa-apa aktiviti seharian saya sambil cuba berkongsi ilmu dan resepi masakan. Walaupun pun kedengaran dan kelihatannya seperti saya meng 'upkan' diri saya seperti dakwaan sesetengah individu.

Walhal tak da niat begitu sekadar mahu berkongsi cerita tentang kehidupan seharian saya. Secara amnya bukankah tujuan kita berblog mahu menunjukkan sesuatu yang baik, yang bagus, yang cantik, yang terbagus untuk kita kongsikan dimata umum agar para pengunjung juga dapat sedikit sebanyak manafaat daripadanya.

Masing-masing ada cara tersendiri atas apa yang mahu disampaikan di alam blogging ini. Jadi kita tak perlu kita rasa jengkel dengan apa yang mahu dikatakan atau ditonjolkan oleh blogger-blogger lain.

Lumrah manusia, pasti ada mengata itu dan ini. Namun akan jadi kontroversi atau kudis busuk bila sesuatu kata-kata itu ada yang menyampai-nyampai...

Begitulah seperti baru-baru ini kawan saya bercerita tentang dia bekerja di jabatan kerajaan di Putrajaya. Satu hari setelah cuti panjang...dia kembali bekerja seperti biasa. Tiba-tiba ada satu hamba Allah yang bernama makcik ni yang kononya berniat baik menyampaikan cerita tentang officemate kawan saya yang semua didepan sahaja baik tetapi semasa ketiadaan kawan saya, mereka mengumpat-ngumpat kawan saya semahunya.

Setelah mendengar cerita makcik penyampai ni...mood kawan saya berubah, tidur malam sampai termimpi-mimpi yang dia terjumpa gumpalan rambut di dalam makanannya.Dia jadi kecil hati, fikiran terganggu dengan cerita yang didengar itu.

Walhal perkara sebenarnya hanyalah sekadar umpatan oleh kawan-kawan yang tak langsung menjejaskan kehidupannya kalau diamati. Ala orang mengumpat...apa you boleh buat...tetapi akan jadi PERKARA BESAR secara physchologynya bila umpatan itu di sampaikan pada pengetahuan kita. Setelah kita tahu, pasti susah untuk kita berbaik secara natural. Jiwa kita terganggu. Geram. Kesal dan sebagainya.

Mulalah kita merasa tidak seronok berada di kalangan mereka sekaligus tidak lagi seronok bekerja di situ.

Nah itulah sebenarnya yang ingin saya tekankan. Niat makcik tu mungkin baik pada mata kasar tetapi sebenarnya dialah yang mensaikokan kawan saya kalau diteliti secara halus. Kerana banyak kali saya pernah saya katakan...DALAM SETENGAH PERKARA TIDAK MENGETAHUI LEBIH BAIK DARIPADA MENGETAHUI.

Thursday, November 25, 2010

Triffle Chocolate Mousse






















Ramai yang tanya Resepi Triffle. Saya dah sediakan di sebelah kanan paling atas sidebar blog ni..."Pencarian Kustom" yang di dukung oleh goggle.

Hehe saja jer anak dara saya si Hanis tu nak setkan ke bahasa indon. Tahulah mama dia ni sekarang dah mengambil alih peranan bibik kan................

So kalau nak resepi tu just type TRIFFLE ke apa sahaja makanya akan keluarlah isu-isu yang dihajati ya....terima kasih.

TRIFFLE ya....bukan TRISSLE yang macam keluar kat NONA TV3 tu lame kan.....

Napelah dia orang confident sangat nak letak nama TRISSLE kalau tak biasa dengan nama-nama makanan atau resepi nih....Kalau tersilap jadi TRUFFLE tu boleh tahan jugak. Ini TRISSLE..apa ke benda tuh...

Patutnya benda-benda macam ni kena double check atau call untuk confirm balik nama tu dengan host memasak tu. Dahlah siaran tu keluar satu malaya....bukan nak tambah pengetahuan ibu-ibu...makcik-makcik....kakak-kakak yang tak pernah dengar resepi ni...lagi mengelirukan dia orang pulak. APA DAAA.............

Oklah di atas ni....saya buat Triffle Chocolate Mousse. Triffle ni sebenarnya boleh letak lapisan apa sahaja mengikut kesukaan dan kreativiti masing-masing.

Aku Rasa Apa Yang Kau Rasa

Kalau apa sahaja tuturku buat kau terasa
aku minta maaf
kalau ada sahaja selokaku buat kau terkena
aku minta maaf
aku bukan sasterawan
aku sekadar suka bersastera
aku bukan karyawan
aku sekadar suka berkarya
aku berkata bukan dari lidah
aku berucap bukan dari bibir
aku sekadar mengetuk keyboard
mengikut rentak irama hati
setiap yang merasai
mewakili siti yang gembira
mengadili timah yang kecewa
mentafsiri joyah yang bahagia
merasai senah yang derita
aku bukan apa-apa
aku hanya pencerita
kadang berperasaan
selalunya membayangkan
kerap kali andaian
seringnya terkena sasaran.

Ewww Berak Tepi Jalan

KUALA LUMPUR, Malaysia – An official says Malaysia's public toilets are still flunking the government's cleanliness tests despite public awareness campaigns.
The official with the Housing and Local Government Ministry says authorities found half of more than 5,700 toilets in schools, restaurants, shopping malls and other places were not clean and hygienic.
He says only 7 percent of the toilets inspected earlier this year got the maximum five stars. More than 51 percent of the toilets received only one or two stars. The best toilets got cash prices Monday at a celebration of World Toilet Day.
He says it was "disappointing" as the image of the country and people's health were at stake. The official spoke on condition of anonymity Tuesday, citing protocol.


(Selalu sangat pandang Malaysia rendah dan hina)


Dua puluh, tiga puluh tahu lepas memanglah kita berhadapan dengan masalah tandas awam yang kotor, busuk, rosak, pili air yang entah apa-apa.Kalau boleh tahan-tahan jerlah....kalau dah betul-betul nak terkucil mahu tak mahu kena tempuh jugak....

Bukan setakat tandas awam malah tandas-tandas dirumah sendiripun boleh tahan situasinya. Tak hairan mengapa ia begitu kerana sejak zaman tok kaduk dulu, kesedaran tentang kebersihan dan pentingnya tandas memang kurang. Masih ada di sesetengah tempat yang tandas masih didirikan diluar rumah. Mereka merasa geli dan mengganggap amatlah meloyakan bila tandas berada di dalam rumah atau berdekatan dengan rumah.Sudahlah pembinaan tandas pun ala kadar kerana mereka tidak menganggap pentingnya mempunyai tandas yang selesa. Ada tu pintu tandas sekadar sehelai plastik untuk menutupinya.

Zaman berlalu. Untungnya kita di Malaysia atau orang melayu cepat mengadaptasi sesuatu yang moden dan canggih. Kalau dulu tandas bukanlah sesuatu keutamaaan untuk di hias cantik dan bersih kini tidak lagi.Orang kita sudah pandai memperuntukan budget mengubahsuai tandas dikediaman mereka.

Tandas awampun sekarang tidak lagi macam dulu-dulu. Kalau singgah di kawasan rehat sepanjang lebuh rayapun tandas bersih dan sentiasa dijaga.Rasanya tak susah kot kalau setakat nak terkucil kat mana-mana...hotel, shopping kompleks, supermarket, klinik, petrol pam, restoran selain daripada tandas awam.

Beruntung berada di Malaysia ni dengan kemudahan tandas yang senang di dapati di merata tempat berbanding ketika saya melancong di London tempohari. Lobby Hotel Apartment yang tampak cantik dan vogue tu pun tidak mempunyai kemudahan tandas untuk pelanggannya. Terpaksa kami tunggu dapat check in kat apartment tersebut baru dapat mengucilkan diri.


Sewaktu di London teringat saya hal yang lain, kami singgah di Dunkin Donut di London. Masa tu beli 'take away' sebab ingat nak makan sambil berjalan. Tiba-tiba si anak ni nak duduk makan duduk situ pulak....maka kami pun duduk lalu di halau oleh pelayan Dunkin Donut kerana kalau bungkus tak leh makan di situ.Sungguh kedekut diaorang nak bagi sebarang kemudahan kat orang.

Lagi banyak saya berjalan dan melancong semakin sayang saya dengan Malaysia. Tak rasa bertuah tinggal di Malaysia, jadi rakyat Malaysia?


Saya sedang berangan merancang untuk menghias tandas master bedroom saya seperti ini.Walah.



Tengok di India..cakap-cakap-cakap...banyak betul dia orang bercakap. Handphone canggih manggih tetapi nak terkucil kat tepi-tepi jalan


Pernah seorang kawan beritahu turun jer airport di Madras....busuk bau tahi....ewww.

Bayangkan dalam nisbah dalam 300 juta penduduk...100 juta jer yang ada toilet. Habeh yang 200 juta tu bersepah-sepah tepi jalan.






Walah kalau dah tak da toilet mandi pun sepah-sepahlah.....

Wednesday, November 24, 2010

Kalau Bisa Aku Menyintaimu



















calar balar hatiku kerana melukakanmu

remuk rendam jiwaku kerana meremukkan jiwamu

hancur luluh hatiku kerana menghancurkan hatimu



mahu saja ku rangkul bulan buat menghias halamanmu lalu menerangi suram malammu

mahu saja ku titip harum semilir angin di berandamu agar terpujuk gundahmu

mahu saja ku paut mentari buat mengusir hujan sendu di hatimu




kalaulah mungkin
itu saja yang aku bisa lakukan

kalaulah mungkin
itu cuma yang mampu ku lakukan



justeru kau pun tahu aku tak daya menyintaimu

justeru kau pun tahu aku tak upaya menyayangimu.







nanirostam, 25hb November 2010

Berhati-Hati Membeli di Mek Di

Sejak kebelakangan berapa banyak erk...untuk you all yang makan gaji tetap di syarikat swasta atau gomen dapat kenaikan gaji. Saya tak rasa naik mencanak-canak kan? Tulah kalau gaji naik pun tak banyak kelebihan yang you all nikmati. Sebab harga barang asyik naik je, so bila nak kaya tu? Bila nak simpan duit lebih tu? Harapanlah kan...

Tak heran jugak kalau bila gaji naik, harga barang pun naik....ini tak da ribut tak da angin....senyap-senyap jer...bila pergi supermarket harga barang asyik naik jer tak pernah stop-stop....

Samalah macam saya...bila harga barang naik margin jualan stroberi mois cokelet kek saya yang harga belum pernah berubah rm60 tu semakin berkurang. Tapi syukurlah saya pergi on volume...jadi boleh dikatakan memang masih untung walau tidak banyak seperti dulu.

Dari harga buttercup rm2.79-rm2.89 sekarang dah rm3.99. Sama juga macam harga susu cair ideal, susu teapot, susu fullcream dutchlady dari harga dua ringgit lebih sekarang dah hampir 5 hengget. Belum lagi serbuk koko yang hari tu baru rm8 sekilo sekarang dah 16 hengget...coklat masakan lagi....stroberi lagi ....mencanak-canak naik....tak da kome...tak da titik...naik jer..

Tu yang saya agak keberatan nak jual kek red velvet dan triffle saya sebab harga yang terpaksa saya letak agak tinggi.

Yang saya tak boleh tahan bila tengok product nesle....dari milo soft pack sekilo rm10 sekarang dah naik sampai dekat rm15....segala product dia naik manjang...

Jadi sekarang ni saya ambil strategi baru....semua product nesle atau product yang harganya naik melambung-lambung, saya beli hanya bila teringin sahaja. Saya beralih kepada product yang harganya lebih ekonomi atau rendah.

Contohnya kalau dulu milo adalah kemestian minuman sarapan pagi sekarang tidak. Begitu juga nescafe, dutchlady dan yang seumpama dengannya. Saya cuba beralih kepada jus buah-buahan, lemon, air barli, air bunga kekwa dan yang paling menjimatkan dan berkhasiat jus tomato dan timun.

Kalau dulu saya basuh baju pakai dynamo sekarang saya pakai kuat harimaulah, toplah dan brand yang murah-murah. Bersih jugak. harum semerbak lagi banding dengan yang mahal tu....

Kat sini saya nak tunjuk kat you all kalau per gi makan kat cek mek Di haruslah lebih teliti. Kerana dengan ketelitian you all sekurang-kurangnya walau singget dua henget dapat juga berjimatkan..Kat kek ef si saya tak try lagi.....nantilah kalau ada masa...

Dia orang ni niaga bukan nak stret fowet...nak juga guna kecekapan kita mencongak harga...Saya dulu part-part congak memang kacang. Ingat lagi masa darjah 5 dapat lima posen sebab dapat congak soalan matematik 9/10 oleh cikgu Dollah di sekolah kebangsaan seri al ulum..parit marjunid...heheh.

Selalunya bila saya ke cek mek Di ni, saya akan order mcvalue set. Tetapi tidak semua. Mungkin saya order hanya 2 untuk set sedangkan yang lain saya order ala carte jer. Jadi untuk lebih berjimat you all mesti tengok set yang mana you all bayar paling kurang....iaitu paling murah makanya set yang itulah you all order.....contoh ada di bawah....jangan segan-segan mencongak





















Value No 1

- set rm7.85
ala carte rm4.50

beza yang you all harus bayar- rm3.35 untuk tea dan hashbrown


Value No 2

- set rm8.30
ala carte rm4.80

beza yang you all harus bayar - rm3.50 untuk tea dan hashbrown


Value No 3

-set rm7.50
ala carte rm3.99

beza yang you all harus bayar rm3.50 untuk tea dan hashbrown



















Value No 4

- set rm8.25
ala carte rm5.80

Beza yang you all harus bayar rm2.45 untuk tea dan hash brown




















Value No 5

- set rm9.30
ala carte rm6.90

Beza yang you all harus bayar rm2.40 hanya untuk TEA sahaja.


Value No 6

-set rm9.15
ala carte rm6.50

Beza yang you all harus bayar rm rm2.65 untuk tea dan hashbrown.


Value No 7

-set rm8.45
ala carte rm5.60

Beza yang you all harus bayar rm2.85 untuk tea dan hashbrown.


Setelah dicongak-congak, maka set tea dan hashbrown yg paling murah adalah



set Value No 4.


Anda jangan terpedaya melihat set no 5 dengan beza harga rm2.40, itu hanya untuk set TEA sahaja ya....jangan keliru....selamat beramal...selamatkan duit you all walau cuma singget dua tetapi yang penting you all akan pandai mencongak selepas ini.....






















Tuesday, November 23, 2010

"Maid From Hell"

Wah panas-panas-panas. Bila cerita pasal maid indon ni memang kontrovesi. Rasa terpanggil nak berkongsi sebuah cerita lara tentang ada maid ni. Sesiapa dapat yang baik tu kira besar rahmat.

Bukan senang tau. Sebenarnya, masalah saya bukanlah masalah besar sebab saya ni simple, kalau malas kerja buat apa tunggu. Saya tak suka hidup saya dibelenggu tekanan perasaan. Jadi kalau dah nampak bayang-bayang ke situ cepat-cepatlah mengelak.

Tak perlu marah-marah. Tak perlu cari musuh. kalau nampak dah tak betul gayanya bolehlah chow chin chowww.......mak tak kuasa nyah.....huhuhu...

Bercerita pasal maid ni, kalau nak hati tu tenang tak payahlah pakai maid. Biar rumah macam tongkang pecah asal hati kita tak pecah. Biar stress tengok semak samun, kain baju bertimbun daripada stress dengan perangai maid yang susah untuk diduga. Lagipun sebenarnya tanpa kita sedari seumur hidup kita tidak akan ada privacy sekiranya seumur hidup kita mempunyai maid...setakat nak cuba dua tiga tahun cukuplah....tak payahlah bertahun-tahun nak pakai maid. Mahal harga sebuah privacy tu tau.Bagi sayalah......

Selalu benar saya lihat ramai orang kita ada maid tetapi rumah serupa tak maid. Kadang saya terfikir jugak rumah aku yang tak da maid pun lebih cun dari rumah dia yang ada maid...apa kes...berbeza pulak rumah bangsa asing yang ada maid. Memang berseri-serilah...termasuklah kalau ada sepuluh kereta sekalipun...kereta pun berseri-seri macam muka bos tu.....

Dari pengamatan saya....orang kita lebih rela maid buat kerja rumah ala kadar janji jaga anak dia orang baik-baik. Sampaikan anakpun bertahun-tahun tidur dengan maid...masak pun maid dok dukung...kemana sahaja berkepit dengan maid...macam mana maid nak buat kerja rumah kalau gitulah gayanya...Dah terlalu manja dengan maid, kalau emak dia matipun anak tu tak terasa apa. Kalau maid balik indon....mengigau-ngigau si anak tu terkenangkan bibik mereka...

Namun apa yang paling saya tak boleh lupa adalah pengalaman kawan saya mempunyai seorang maid yang boleh dibuat filem bertajuk 'Maid From Hell'.

Kawan saya ada seorang maid. Maid dari medan. Pengambilan maid diurus oleh suaminya maka dia rasa amat terharu melihat suaminya bersusah payah mahu menyediakan pembantu bagi meringankan beban dia menguruskan anak seramai sembilan orang walaupun dia tidak bekerja.

Dulu saya ada ura-ura nak bersaing dengan dia. Saya nak juga sembilan anak macam beliau tetapi nampaknya terpaksa mengalah sebab tak sanggup dengan alahan mengandung.Saya kalau mengandung ya rabbi punyalah teruk rasa....makan muntah..makan muntah...berlangsung dengan lima enam bulan...bila dah ok sket kaki crampla...dah larat nak jalanla...adui....

Eh kat mana saya cerita tadi...melalut pulak...oklah saya gostan sket ya.....

Sejak adanya maid itu, rumah kawan saya agak terurus. Maidnya sangat rajin mengemas rumah dan rajin belajar masak. Sejak itu juga setiap kali tengahari suaminya akan balik makan di rumah kerana maidnya yang sangat rajin menolong memasak dan menghidangkan makanan untuk suaminya makan. Selain itu dia melayan anak-anak kawan saya dengan baik sekali. Kawan saya rasa hidupnya semakin terurus dan lebih bahagia kerana suami selalu melekat di rumah.Maklumlah sebelum ini suaminya jarang ada dirumah kerana sebagai kontraktor yang punya syarikat sendiri memang agak sibuk menguruskan syarikat dan perniagaannya.

Satu hari yang terang benderang, nak dijadikan drama minggu itu....anak kawan saya ini memberitahu ibunya tentang adegan ranjang yang ditontonnya....eh taklah acah aje.....anak kawan saya itu memberitahu ibunya bahawa dia nampak bapanya masuk ke dalam bilik maid sewaktu kawan saya pergi menghantar anak-anaknya yang lain ke sekolah.

Tulah anak kawan saya lagi hebat kan...dia sendiri melantik dirinya jadi PI. Dan dari situ bermulalah hidup yang sangat mencabar buat diri kawan saya. Kan elok kalau anak tadi tak nampak dan pasti dia tak kan beritahu apa-apa.

Apabila mengetahui cerita itu, kawan saya pun bertanyakan hal tersebut dengan suaminya. Maka si suami ni, mahu tak mahu terpaksalah mengaku yang dia sudah mengahwini maidnya itu kerana terlalu mencintai maidnya itu.

Memanglah itu sebenarnya cinta nafsu kerana maid tadi orangnya agak cantik dan berkulit putih gebu.Saya tak rasa kalau maid tu hitam berkarat rupa tak semenggah mahu suaminya jatuh cinta...huhuhu....namun bukankah cinta itu buta...siapalah saya itu mengadili hukum alam begitu.

Mendengar berita yang menyayat hati itu amat meremukkan hati kawan saya. Siang malam beliau berendam airmata derita kerana mungkin hatinya tak sehancur itu sekiranya suaminya berkahwin senyap-senyap dengan orang luar dan bukan yang tinggal serumah dengannya. Tambahan lagi orang itu adalah maidnya. Seumpama duri dalam daging kepedihan yang di rasa.

Namun Allah tidak akan menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kita. Begitulah halnya dengan kawan saya. Oleh kerana beliau adalah seorang wanita yang warak maka berita itu terimanya dengan redha mengenangkan pahala seorang isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Dan cerita itu tidak berakhir di situ.....setelah rahsia mereka berdua sudah tidak menjadi rahsia lagi....maka maid indon yang tak sedar diuntung itu mengambil tindakan lebih drastik. Setelah title isteri menjadi rasmi, maka dia menuntut haknya sebagai isteri.

Dia meminta sebuah rumah banglo yang sama seperti yang diduduki oleh kawan saya itu. Maka oleh kerana mahu berlaku adil maka si suami pun menurut kehendak isteri keduanya itu.

Tidak habis di situ dia cuba berbuat baik dengan mak mertua dan ipar duai kawan saya tadi. Tahu sajalah mereka sangat cekap memgambil hati orang kalau mereka mahu. Apabila di rumah mak mertua kawan saya, dia sangat rajin sehingga semua ahli keluarga ipar kawan saya sangat menyenanginya.

Tanpa rasa bersalah atau malu dia mahu sentiasa berkepit dengan si suami dan si suami pula tidak pernak menolak sehingga apabila suami ke rumah mak kawan saya pun dia mengikut.Sikapnya yang semakin tamak dan busuk hati itu membuat saya sendiri rasa meluat melihatnya ketika saya berkunjung ke rumah mak kawan saya pada hari raya tempohari.

Sehingga satu tahap apabila kawan saya bercerita tentang maid baru nya yang mendapat satu penyakit ganjil apabila seluruh tangan hingga ke siku gatal-gatal melecur seperti terkena api. Apabila kawan saya membawanya ke klinik dan mencuba bermacam ubat tetapi tidak juga sembuh maka dia membawa berjumpa pakar perubatan secara Islam. Ustaz yang ditemui mengatakan maid barunya itu terkena sihir yang ingin ditujukan kepada kawan saya tetapi kerana kawan ini seorang yang warak maka sihir itu tidak mengenainya bahkan tertuju kepada maid barunya itu.....astagafirrullahalazim.....kawan saya hanya mampu beristifar....

Tidak cukup dengan itu, madu indon kawan saya ini seperti tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehinya selama ini. Sifat tamaknya menjadi-jadi apabila dia mengusulkan untuk membuka restoran di Sabah. Dan yang menjadi majalnya apabila si suami menurut sahaja kemahuannya. Sehingga hari ini si suami hanya pulang sebulan sekali ke rumah kawan saya kerana sibuk membantu isteri keduanya berniaga restoran di Sabah.

Itulah kadang kadang dalam sesetengah perkara tidak mengetahui lebih baik dari mengetahui.







Lagu Yang Tak Pernah Jemu Meminatinya

Monday, November 22, 2010

Mengejarmu





















Aku begitu namun hatiku tidak begitu

Aku begini namun jiwaku tidak begini

seperti aku seperti hatiku tidak sama

seolah aku seolah jiwaku tidak serupa


Dimana aku berdiri tadi

aku masih berdiri sini tetapi hati ku tidak di sini

aku tak mampu mengejar hatiku

meletak hatiku di sini


Dimana diriku tadi

diriku masih empunya hati yang menghuni di dalam dada

namun jiwaku tidak melekat di sini

perasaan ku bukan di sini

pergi entah kemana
mengikut arus itu.

Saturday, November 20, 2010

Maid Oh Maid

Saya tak tahu kenapa bila maid saya berhenti saya rasa hidup dan hati saya lapangggg sangat. Rasa macam hahhhhh!!!!!rupanya aku lebih tidak memerlukan maid dari memerlukannya.



Saya pernah meminta tolong seorang kenalan untuk mencarikan saya seorang pembantu indon. Tiba-tiba bila dia telefon mengatakan dia ada seorang, saya rasa macam keberatan pula. Risau dia mengata saya tak tetap pendirian maka antara setuju dengan tidak saya pun setuju mengambilnya.





Mula-mula saya memang berjanji nak bagi rm600. Tetapi bila rujuk kat my husband dia kata bagi rm500 dulu sebulan dua.Kalau boleh buat kerja baru bagi rm600. Begitulah saya beritahu perkara yang sama pada maid saya.





Minggu pertama walah rajin sungguh. Sebelum subuh bangun, menyapu mengemop lantai rumah. Habis hamparan permaidini semua diselak diangkat.





Masuk third week bangun pagi waktu subuh hampir habis. Sudah mulai nampak tembelang di situ ya....Kadang menyapu atau mengemop, kadang tidak. Sapupun capai sahaja setakat yang nampak di mata. Nun di bawah-bawah, dicelah-celah, dihujung-hujung, di dalam-dalam tak bersentuh dah. Walhal itulah sebenarnya tujuan saya mengambil pembantu indon. Bolehlah tolong bersih-bersihkan kipas angin, segala permukaan perabut dan kemas rumah saya.



Sebenarnya tugas maid saya bukanlah kesemua tugas yang ada dirumah saya. Jadi bila itu tugas yang saya beri, saya mahu dia buat bersungguh-sungguh. Sekali dua kali memanglah saya boleh ajar..boleh tegur tetapi kalau setiap kali nak kena suruh maka saya jadi bosan dan benci.




Antara tugas-tugas harian yang tak perlu dilakukannya tetapi tugas yang lain langsung tidak memuaskan hati saya kerana dia bukanlah seorang yang rajin dan pengemas.



-Sarapan pagi tak perlu buat sebab saya tak selera dengan masakan diaorang.


-Menyediakan air minuman lagilah tak perlu sebab bila saya suruh dia bancuh air, entah apa makhluk masuk dalam air tu dengan selamba dengan celup guna tangan untuk membuangkannya.



-Rumah saya yang agak senang nak kemas kerana bukan sepah sangat tupun dia ambek kesempatan cuma colet-colet yang nampak depan mata.



- Makan tengahari saya yang masak. Itupun setiap hari saya yang kena keluarkan lauk dari peti sejuk.Sebab setiap kali nak kena pesan. Dan sayapun sudah jemu memesan.


-Minum petang saya yang sediakan.


-Bilik tidur saya di atas termasuk bilik air saya tak benarkan dia masuk waima pegang tombol pintu sekalipun.


-Bilik lepak saya termasuk bilik air di bawah pun sedemikian juga.Kerana saya amat mementingkan privacy. Segala pakaian dalam saya cuci sendiri.


-Bilik Hanis pun demikian juga halnya.


-Bilik Liana apatah lagi.



- Dia hanya perlu kemas sebuah bilik tidur dan bilik air yang attached iaitu bilik Khairi, Imran, Hafiiz yang memang berkongsi bilik dan sebuah bilik air tetamu. Itupun puas saya suruh atau saya ingatkan baru lah dia nak buat. Sebab saya jarang melihat bilik anak-anak saya di atas, kemas pun ala kadar... bantal pakai longgok-longgok jer...adeeih...





Begitulah orang melayu ni memang tak perlu pakai pembantu kerana sifat orang melayu yang kebanyakan sangat tebal dengan hati lembut dan bagi muka memang membuat pembantu indon tu naik kepala.





Bila pembantu indon saya buat salah, saya hanya menegurnya dengan baik. Tak pernah sekalipun saya marahkannya.


Setiap kali my husband nak kena marah-marah maid saya apabila kaunter dapur saya sentiasa dipenuhi barang tanpa mahu segera mengemasnya. Jadi saya harap anda semua fahamlah ya..kenapa saya sangat berlembut hati dengannya kerana sudah ada orang yang bertindak garang padanya. Tetapi my husband tu pun hangat-hangat tahi ayam...marah pada awalnya tetapi tidak kuasa pada akhirnya....



Sebenarnya itulah harga seorang pembantu indon yang perlu saya bayar. Habis pinggan mangkuk saya yang agak mahal tu jadi sompek-sompek kerana langsung tidak berhati-hati ketika mencucinya. Waktu mula kerja dia akan beritahu saya sekiranya dia memecahkan pinggan mangkuk dan memohon maaf. Namun masuk bulan kedua, bila mangkuk cawan saya semakin berkurang, dia langsung tidak tampil kedepan.


Pada satu subuh, saya terdengar bunyi pinggan mangkuk terjatuh dan pecah. Dia langsung tidak memberitahu saya dan saya pula terlupa mahu menanyakan hal tersebut sehinggalah dia berhenti.


Sebelum ada pembantu bil air rumah saya sangat consistent iaitu setiap bulan anggarannya rm50. Tetapi sebaik masuk bulan kedua dia bekerja di rumah saya bil air mendadak dua kali ganda rm100.Setelah saya lantik hafiiz dan alisya jadi PI saya, rupa-rupanya pembantu indon saya telah buat onar iaitu menyiram pokok selama sejam lebih waktu pagi dan sejam lebih waktu petang.


Saya fikir mungkin dia suka main air kerana di kampungnya di indon susah nak dapat air paip seperti di rumah saya.Rupa-rupanya sangkaan saya amatlah meleset sama sekali bila dua PI yang saya lantik walaupun tak bergaji tetapi sanggup menjalan tugas dengan senang hati dan cemerlangnya memberitahu bahawa pembantu indon saya main telefon ketika menyiram pokok. Adeeih. Saya masih diamkan.


Saban hari masanya yang sepatutnya dihabiskan untuk mengemas rumah saya dengan sempurna...dihabiskan bersembang dengan pembantu jiran-jiran saya tanpa mempedulikan saya yang sering melihatnya.


Bukanlah saya tak mahu tegur. Ada juga saya tegur sekali sekala. Tetapi bagi saya kalau you tak boleh bekerja dengan baik buat apa saya nak tunjuk rasa marah dan simpan you lagi. Dia berada di dapur kita, macam-macam dia boleh lakukan kalau dia tersinggung, jadi saya katakan padanya yang saya tak mampu hendak beri dia gaji sebanyak rm600 tu. Kalau dia setuju rm500 dia boleh stay kalau tidak dia boleh berhenti.


Pada mulanya dia setuju untuk stay sebab dia kata saya sangat baik terhadapnya. Seminggu selepas itu tiba-tiba dia beritahu saya dia mahu balik indon. Makanya saya dengan tangan terbuka dan berlapang dada mengalu-ngalukan pemergiannya.Alhamdulillah....


Setelah rasa lega dengan ketiadaan maid, saya pun mengambil alih tugas-tugas maid saya yang tak berapa nak rajin tuh. Sekarang saya sangat bangga sebab rumah saya lebih bersih dan kemas walaupun tanpa pembantu indon.Agaknya saya memang ditakdirkan menjadi bibik seumur hidup saya.







































































































































Di spot yang sama...anda boleh lihat betapa bersepahnya rumah saya walaupun ada pembantu rumah....sabar jelah.... main telefon sampai tak sedar gambarnya di ambil...



Dah jemu berpesan-pesan...akhirnya bila dia tiada dapatlah saya mengemas rumah saya mengikut kemahuan saya.



Duduk bergebang dengan maid-maid sebelah-sebelah.Bukan 10 20 minit. Saya lihat lebih satu jam mereka bergossip di situ.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tak terlambatkan nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf Zahir Batin pada semua pengunjung dan pengikut setia saya. Sekiranya ada salah silap harap maafkan.

Seminggu sebelum raya haji...pembantu indon saya berhenti. Walhal baru dua bulan berkerja dengan saya. Alasan? Nak balik indon. Saya rasa dia orang ni kalau bercakap tak pernahnya jujur. Tak kisahlah apapun alasan yang diberi tetapi satu sahaja yang saya tahu..kalau kita bagi dia gaji lebih daripada biasa pasti dia akan bertahan.

Bila saya beritahu anak-anak yang maid nak berhenti mereka menjawab..baguslah bukan rajin pun. Itulah yang sebenarnya terjadi. Mulanya saya mahu beri dia gaji rm600 sebulan. en zainal kata jangan dulu. Sebulan dua bagi dia gaji rm500. Kalau kerja dia ok baru bagi rm600.

Okla...nanti saya cerita panjang mengenai pembantu indon saya yang kuat mengelat tu ya. Sekarang saya nak cerita pasal hari raya haji tanpa pembantu memang sangatlah sibuk. Selalu Allah duga saya begitu. Kalau saya ada pembantu...business kurang dan saya jadi tak tahu nak buat apa sampai terfikir nak cari kerja. Bila saya tak da pembantu, alhamdulillah rezeki melimpah banyak tempahan sampai otot betis saya tegang sebab tak dan nak duduk.

Makanya, minggu sebelum raya sampai sekarang saya tak sempat nak menghapdate blog.Raya baru ni saya ada menjemput adik beradik dan boss Liana datang ke rumah. Jadinya menu saya untuk raya tu agak banyak.

Namun setelah asyik mashuk memasak tak seorangpun tetamu yang datang. Jadi sepanjang hari raya saya makan tidur. Makan tidur. Makan Tidur. Kiranya saling tak tumpah macam sessi membuncitkan perut yang dah sedia buncit.

Ada hikmah di sebalik kejadian tetamu diundang tak datang. Agaknya tak mahu saya menyambung berhempas pulas tulang empat kerat saya yang dah tak berapa nak mantop ni melayan tetamu. Tambahan pula makanan yang saya buat itu punyalah special, sehari selepas raya anak-anak saya masih berselera dengan menu yang sama sehingga licin semua lauk pauk dalam periuk.




Alisya membantu mengasingkan bintang kecil warna merah untuk hiasan kek red velvet.


Air batu yang saya buat dan bungkus sendiri. Selain menjimatkan masa dan duit, ianya juga air bersih dari filter.


Nasi baryani yang Hanis kata 'the best thing ever'.



Yummy...yummy....second raya pagi dah habis dah......



Imran yang asyik dok mengata triffle ni sedap....sedap....







Ayam merah adalah peberet satu keluarga.

Kuah dalca untuk nasi baryani.



Nasi himpit buat sendiri. Sebelum Liana pergi kerja saya suruh dia pack kan beras ke dalam plastik. Liana pandai estimate. Nasi himpit ini adalah yang paling sedap pernah saya rasa.




Triffle, Red Velvet dan sedikit cookies.



Sedia untuk di baham.....



Menu raya kali ini...bukan untuk menunjuk...tapi saja nak tunjuk hehe....ialah....kuah kacang, kuah lodeh, rendang daging, ayam merah, nasi impit, nasi baryani, kuah dalca, kek red velvet, triffle dan cookies ...tak lena tidur terkenang-kenang.Minuman...fresh oren.




Uiks... laparnya grrrr...



Dah berapa kali pusing nih....




Sompek budak-budak ni......
















Tuesday, November 16, 2010

JANGAN PERASAN LEBIH

Selalunya kita perasan kalau kita pandai masak, kita jer masak sedap. Kalau kita jual kuih, kita tak kan teringin nak beli kuih orang.

Kerapkali kita fikir bila kita cekap masak, kita tak perlu makan luar. Kita dah cekap buat kuih kita tak perlu beli kuih orang.

Saya suka makan di luar. Daripada makan tempat eksklusif sampailah kat warung-warung tepi jalan.

Walau saya jual kuih berpuluh jenis kuih dan yang paling eksklusif kuih saya MOIST STRAWBERRY CHOCOLATE CAKE dan CHOCOLATE CHIP BUTTER PECAN saya sekalipun saya ada juga order kuih dari orang lain waima diaorang punya chocolate chip dan chocolate cake.

Untuk menimba ilmu kita perlu invest. Lagi banyak kita rasa masakan orang sebenarnya dapat meningkatkan kebolehan kita memasak.

Selalu bila saya rasa masakan orang lain saya dapat mengagak apa-apa bahan yang ada untuk membuatnya.

Bila kita makan di luar kita boleh lihat kretiviti orang lain menghias sesuatu makanan dan sebagainya.Bila kita beli kuih orang lain kita boleh bandingkan rasa dan kretiviti mereka membuat kuih tersebut.

Banyak orang hairan bila saya selalu makan diluar atau order kuih orang lain. Bagi saya jangan sempitkan pemikiran untuk memajukan diri.

Monday, November 15, 2010

Ahad Semalam Saya Keluar Kat Nona TV3

Semalam banyak jugak blogger nonton NONA ya.....huhuk. Waktu tu saya dalam perjalanan ke gunung ledang untuk menjemput tuan puteri....lalu jer....hehe setahun lagi untuk saya lalu lalang depan gunung ledang tu walau sekalipun belum pernah singgah.

Kalau tak kerana kawan-kawan blogger yang sms mampuih saya tak tau waktu tayangan segmen saya memasak tu. Betul-betul melampaulah depa ni penat-penat saya buat triffle tu ..patut-patut call la bagi tau bila depa nak tayangkan.....melepas saya...

Hehe tapi tak pa lah....saya pun sebenarnya malu yang amat.....kadang-kadang terfikir jugak macam manalah mulut tu nak jadi macam chef wan tak berhenti bercakap.Masa shoot tu...bila saya cuba berlagak natural terasa kaku pulak. Bila saya mula bercerita pasal resepi triffle tu....kejap-kejap kena tegur...'kak pandang kamera'.Bila saya pandang kamera tersasul-sasul pulak resepi yang saya cuba baca tadi....maklumlah pestime jakun giler doh....tengok macam senang jer....rupa-rupanya perlu menimba pengalaman banyak-banyak lagi....






Thursday, November 11, 2010

Hari Ini Saya Rasa Bahagia

Alhamdulillah. Syukur saya ke hadrat Illahi. 5 A yang Hafiiz perolehi mungkin berkat doa saya sebagai ibu. Berkat doa bapanya. Berkat doa adik beradiknya. Berkat doa guru-gurunya. Berkat doa dari kalian semua. Terima kasih. Alhamdulillah.

Malu rasanya mahu mengakui tidak banyak usaha saya dalam melihat-lihat perkembangan anak-anak saya dalam pelajaran. Mereka sangat berdikari. Nak ke ke sekolah bersiap sendiri. Buat homework atau tidakpun amat jarang saya tanyai. Malah beberapa tahun kebelakangan ini buku Imran, buku Hafiiz, buku Alisya tak pernah sekali pun saya jengahi.

Bukan itu sahaja kadang-kadang saya rasa malu dengan diri sendiri bila beberapa kali terpaksa bertanya kepada guru atau murid di kelas manakah Hafiiz berada, dikelas manakah Alisya berada, ketika saya mahu menemui mereka di sekolah.

Malah pernah sekali guru matematiknya menghantar mesej melalui inbox di FB menanyakan mengapa Hafiiz tidak menyiapkan homework yang diberi. Sehingga sekarangpun mesej itu tidak berjawab.Bukan saya tak mahu jawab.

Mungkin sebab saya terlalu sebati dengan sifat keibubapaan yang sangat kuno yang ada pada diri saya. Bagi saya, ibu-bapa tidak perlu campur tangan hal anak-anaknya di sekolah. Biar anak-anaknya sendiri yang menjawab mengapa dia tidak menyiapkan homework yang diberi.

Saya hanya memberitahu pakar psikologi yang berada di rumah saya iaitu bapanya tentang inbox dari cikgu matematik Hafiiz itu. Bapanya yang seperti biasa akan memerli-merli saya mengatakan

" you kalau part-part yang macam ni semua serah kat i ya....part-part nak marah anak...part-part nak buang pekerja....part-part yang buruk-buruk semua you serah kat i ya"!


Selepas itu, bapanya pun memulakan sessi kaunselingnya dengan Hafiiz.

'Hafiiz, Hafiiz ada buat homework cikgu bagi ke tidak ?'

'Dah!.

'Betul ke, tadi cikgu Hafiiz telefon daddy kata Hafiiz tak siap homework!. Hafiiz tahu tak daddy malu tau...belum pernah anak daddy cikgu telefon kata tak siap homework. Mana homework yang Hafiiz kata dah buat tu, tunjuk kat daddy!

'Ni Hafiiz dah buat... tapi tak siap lagi....'

'Ok sekarang Hafiiz siapkan. Jangan sampai cikgu Hafiiz telefon daddy lagi ya!!!...'

Saya anggap itu adalah salah satu sessi kaunseling yang berjaya kerana hingga saat ini cikgunya tidak pernah mengadu apa-apa lagi tentang Hafiiz. Samada Hafiiz sudah berubah atau cikgu tu pun tak kuasa nak menginbox saya lagi tak pula saya ketahui.

Apa yang saya tahu...insyallah dengan rezeki Allah yang Allah bagi setiap kejayaan anak-anak pasti ada imbuhan dari saya. Sebati dalam jiwa saya, saya tidak pernah berkira dengan anak-anak dengan duit yang saya ada. Dengan rezeki yang Allah bagi. Apa sahaja yang anak teringin akan saya cuba tunaikan asalkan ianya bukan satu pembaziran.

Masa Imran dapat 5A, saya janjikan setiap subjek A akan dapat rm100 dengan syarat harus mendapat semua A. Begitu juga bila Khairi mendapat 9A dalam PMRnya saya janjikan perkara yang sama. Walaupun saya bukanlah berduit sangat namun pada pendapat saya imbuhan seperti itu lebih memotivasikan anak-anak saya untuk mereka gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran. Bagi saya itu lebih berbaloi daripada saya habiskan duit ke pusat-pusat tuisyen yang sudah tentu anak-anak saya tak kan suka untuk menghadirinya.

Dalam pada itu selepas mengambil keputusan UPSR tadi, seperti biasa saya menemui semua guru-guru di sekolah anak-anak saya itu untuk mengucapkan terima kasih atas jasa mereka mengajar anak-anak saya dengan bersungguh-sungguh.

Memang amat wajar saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru besar dan semua guru-guru yang mengajar anak-anak saya di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Saya tahu saya memilih sekolah yang baik untuk anak-anak saya.

Terima kasih pada cikgu yang menginbox saya di FB. Terima kasih pada cikgu yang suka mengikuti perkembangan Hafiiz setiap kali Hafiiz keluar surat khabar . Kadang-kadang terpacul dari mulut cikgu perkataan seperti 'kau tepi sket artis' yang tanpa cikgu sedari, kata-kata cikgu itu membuat Hafiiz bertambah rajin belajar.

Terima kasih pada cikgu Azleeda yang garang macam singa lapar.grrrr. Tanpa cikgu Azleeda pasti saya kebosanan tidak mendengar cerita tentang kegarangan cikgu apabila anak-anak saya pulang dari sekolah. Dalam banyak-banyak cerita kegarangan cikgu, ada satu cerita yang saya rasa kelakar sehingga membuat saya hampir berguling-guling atas lantai namun taklah sampai macam tu kan...tapi cukuplah membuat saya selalu tersenyum-senyum mengingatinya.

" Kau ni berapa banyak saya..saya...saya dalam karangan ni. Saya itu...saya ini. Saya! saya! saya!. Eh dalam satu hari ada berapa banyak panties kau pakai!!!!'

Walah... dengan kegarangan cikgu tulah membuat Hafiiz kecut perut dan tak pernah ada komplen dari cikgu tentang anak saya Hafiz.

Sejarah Tidak Menipu

Jangan kau perkecilkan aku
Jangan kau perlekehkan aku
hanya kerana aku melayu
aku sudah bosan dengar sindrom melayu malas
aku sudah jemu dilabel sebagai melayu malas
kerana aku adalah melayu
aku tidak malas
malas bukan pada melayu sahaja
malas ada mengalir dalam denyut nadi hampir setiap manusia
bukan hanya pada melayu
kau pun tahu
atau kau mudah lupa
atau memang kita mudah lupa
lupa pada sejarah bangsa kita
sehingga kau sanggup menuduh melayu
menuduh melayu bermakna kau menuduh mangsa
kita adalah mangsa jajahan kolonial
peribumi ini adalah mangsa jajahan kolonial
yang pernah menjajah
sama macam
peribumi di Indonesia
peribumi di Fiji
peribumi Di Burma
hak kita telah dirampas
Amatilah sejarah
jangan kata melayu manja
jangan kata melayu mengemis
Dasar Ekonomi Baru
subsidi kerajaan untuk peribumi
bukanlah percuma
itu semua adalah titisan
darah datuk nenek moyang kita
itu semua adalah pemulangan hak
yang dinafikan selama dijajah
hak kita
hak melayu
di atas tanah yang pernah bernama tanah melayu
sejarah tidak pernah menipu.

Monday, November 8, 2010

Tukar Teh Atau Kopi Kepada Honey Lemon Panas

Selalu bila orang sebut minuman panas...pasti teh atau kopi sahaja yang kita bayangkan.
Tak pernah terlintas nak buat air madu lemon atau honey lemon. Dan tipikal masyarakat melayu terutama orang lelaki kalau sebut madu sahaja mesti terbayang makan madu dengan telur untuk kuatkan tenaga batin...ishhh ishhh depa ni asyik benda tu saja dok nak pikiaq nu...

Apa kata mulai hari ini, sentiasa jadi kan madu dan lemon sebahagian daripada bahan penting di dapur dan jadikannya sebahagian daripada minuman panas. Madu ni banyak khasiat. Lemon pula sangat banyak kegunaannya selain daripada mengandungi banyak vitamin C.

Di dapur saya sentiasa ada lemon untuk saya buat minuman atau makan sebagai perahan ke atas banyak hidangan. Lebihan perahan lemon akan saya gunakan untuk menggosok tangan agar tangan saya sentiasa halus dan cantik. Jangan hanya jaga kecantikan wajah sahaja sedang bila tengok tangan keriput macam tangan orang tuwek.hehehe.

Madu juga boleh di buat sebagai minuman harian sama macam teh atau kopi. Sekurang-kurangnya sehari sekali saya akan membancuh madu di dalam secawan air panas lalu saya perahkan lemon. Hmmm memang sangat menyegarkan dan menyamankan selain daripada khasiatnya yang banyak menurut sains perubatan islam.




Minum air honey lemon panas ni memang menyamankan berbanding teh atau kopi.

Lemon juga sangat berkesan untuk membersih dan menghaluskan tangan saya.

Cinta


Kalau aku jadi batu yang terdampar di pantai bisu pun

namun tak kan rasa sepi

bila kau adalah ombak

yang akan mengusap-usap dan mengelus-gelus

manja wajahku.

aku tak mahu jadi apa-apa

bila kau pun bukan apa-apa.

aku hanya mahu singgah di kaki langitmu.

di kepulan awanmu

di pelangi birumu

Buat meletak hati dan seluruh jiwa

di sanggar cintamu

terimalah aku

cintailah aku.

Makan di Rumah Yang Penuh

Semalam macam dah tak tahu nak masak apa. Jemu jugak hari-hari makan hasil masakan sendiri. Orang dalam rumah ni memanglah tak jemu. I yang jemu!!!

Lepas hantar Im balik asrama, I singgah rumah adik I di Sri Damansara. Kunun-kunun nak mengendeng kot-kot dapat makan orang lain masak. Walahhhhhhhh.........adalah tergolek dok ayam goreng tinggal kepak hujung2 dah sejuk kot goreng waktu pagi dengan sayur kobeh tumis ikan bilis yang memang i tak makan sebab kobis adalah satu-satunya sayur yang mendatang hangen satu badan.

Dahlah tu....kejapan tu my sister pulak yang nak keluar ada date....maklumlah...orang single mingle ni.....dah tujuh tahun menyingle.....tak teringin ke nak kahwin....takkkkk.....seronok hidup bebas ni.....tak stress.....katanya.

Waduh.....seronok bercinta jer....call memanjang....tak jumpa pun tak per...janji ada orang kita nak ajak sembang....nak ajak bergurau....begitulah philosophy....adik i tentang hidupnya kini. Jeran berlaki ni katanya...kalau semuanya sendiri yang tanggung. Makan pakai anak-anak, rumah kenderaan....semua sendiri punya duit....balik rumah semua nak kena buat....kitalah cari duit...kitalah urus anak..urus rumah.....silap haribulan duit kitapun dia mintak....walah.


Tak pa....pergilah...dah lama member tu tunggu kat luar tu. Anak-anak dia pun semua pakat nak pi mengaji. I pun ajak Hafiiz dan Alisya balik dan sebelum tu singgah makan di Full House Damasara...





Alisya order chicken chop dan papaya milk shake. Air kami syer 3 orang.


Hafiiz order mushroom sup yang agak mahal dengan harga rm8.90 kerana dihidang menggunakan cawan. Rasanya yang manis membuat selera I terpotong you...
I pula order curry laksa yang kali pertama hari tu memang cun habis....kali ni rasa tak berapa nak cun pulak.Buku atas meja tu seperti biasalah....ulat buku budak si Alisya ni...pergi manapun berkepit dengan buku.




Sunday, November 7, 2010

Diulit Riang Disalut Hiba

Minggu lepas Im telefon dari VI sebaik sahaja habis menduduki peperiksaan akhir tahunnya. Itupun aku tahu sebab banyak kali dia telefon setiap kali nak masuk dewan peperiksaan. 'Ma, Im nak periksa, tolong doakan ya!!!'.'Baiklah.. mama doakan mudah-mudahan Im, terang hati....dan dapat menjawab dengan mudah dan tepat. Moga-moga Im cemerlang dalam semua subjek dapat A. Amin...


Selalu anak-anak akan buat macam tu. Telefon sebelum masuk dewan periksa. Khairi pun akan telefon minta doakan. Hanis pun macam tu. Kadang-kadang Hanis malam sebelum periksa telefon. Sebelum masuk dewan telefon lagi. Nak ulangkaji pun kadang-kadang telefon minta doakan. Bila tiba-tiba fikiran buntu.Beku. Tak leh nak terima pelajaran pun dia rajin menelefon minta doakan. Itulah anak-anakku. Selalu tidak lupa minta restu dari ibubapa.


Berbalik cerita Im telefon selepas habis buat exam. 'Ma, apa maksud DIULIT RIANG DI SALUT HIBA. Wah apakah itu? Aku sendiri termangu-mangu mencari maksud ayat tersebut.


Apakah itu puisi? Atau apakah itu peribahasa?.


Hmmmm....panjang keluhan ku untuk menjawab tidak tahu. Aku kesal mengapa ada ayat dalam kertas periksa seperti itu yang aku sendiri tak tahu untuk mentafsirkan.


Sudahlah DIULIT RIANG, bukankah maknanya diri atau hidup yang di limpahi dengan kegembiraan mengapa pula DISALUT HIBA. Yang mana satu riang atau hiba. Entahlah.


Agak sukar anak-anak aku sekarang mahu biasa atau sebati dengan segala datuk nenek moyang peribahasa atau simpulan bahasa tidak seperti waktu aku kecil-kecil dahulu.


Dulu aku dulu boleh relate kehidupan dan aktiviti seharian aku dengan segala peribahasa ciptaan orang dahulu kala. Misalnya.....bila emak aku kata, bapak kau tu DIAM-DIAM UBI BERISI!!!!


Aku rasa aku tak perlu tanya apa maksud emak berperi-peri bahasa begitu. Aku sendiri boleh fikir kerana aku pernah tanam ubi dan tahu bagaimana ubi yang duduk diam dalam tanah itu tiba-tiba sahaja boleh jadi ubi yang besar dan berisi.


Dan sudah tentu aku faham apa maksud bila emak bising-bising mengomel 'kau ni nak jadi KUTU EMBUN'!! ketika aku pulang lewat malam dari rumah kawan sekelas aku kerana mengulang kaji subjek perdagangan tingkatan dua. Waktu itu aku faham apa maksud embun. Aku tahu bila embun datang. Aku nampak bila embun menitik dihujung daun.


Tapi sekarang aku tak fikir anak-anak aku akan faham peribahasa-peribahasa tersebut kalau tak diterangkan sekali apa maksudnya. Anak aku memang tak pernah pun tanam ubi. Apatah lagi cabut ubi. Yang pasti mereka tak tahupun macam mana ubi itu wujud. Entah-entah tak tahupun apa rasa ubi kayu.


Kalau aku kata 'KEDEKUT MACAM TANGKAI JERING' pun belum tentu anak-anak aku faham mengapa samakan kedekut dengan tangkai jering. Sedangkan jering pun mereka tak pernah tengok inikan pula tangkainya.

Jadi aku tak rasa anak-anak aku sekarang mudah relate kehidupan seharian mereka berkaitan dengan simpulan-simpulan bahasa ciptaan orang dulu. Maka tak boleh salahkan mereka jika mereka tak cekap berperibahasa macam aku yang memang dibesarkan mendengar gurindam nyanyian emak ketika mendodoikan adik-adik aku serta naik tebal cuping telinga aku dek leteran emak yang pasti terselit satu dua peribahasa yang aku memang faham dek pemerhatian aku dengan sumber alam sekeliling.

Melainkan untuk mudah jawab soalan periksa maka anak-anak aku sekarang kena beli buku simpulan bahasa atau buku peribahasa lalu menghafal dengan maksudnya sekali.

Saturday, November 6, 2010

Resepi Sup Tulang Rusuk Kambing nanirostam




Saya selalu perasan yang sup tulang kambing saya adalah antara yang paling sedap pernah saya makan. Tak percaya.....jomlah cuba resepi sup tulang kambing saya dengan syarat harus ikut betul-betul....jangan ngelat.....nanti tak sesedap Sup Tulang Rusuk Kambing nanirostam.

1) Beli tulang rusuk kambing. Rebus dengan api kecil sampai empuk. Kalau nak buat makan tengahari...pagi-pagi tu dah mula tenggekkan periuk atas dapur dan rebus tulang rusuk kambing guna api kecil dan tutup periuk supaya wap terperangkap dan daging cepat empuk. Masukkan dua tiga ketul bawang putih yang diketuk, 1 inci halia dan 2 batang serai yang juga di ketuk.Setelah agak empuk masukkan ubi kentang dan buah tomato.

2) Mesti guna bawang merah dan bawang putih goreng buatan sendiri.(Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis berasingan dan goreng juga berasingan). Tabur tepung gandum, garam dan perasa ke atas bawang hiris lalu goreng ke dalam minyak yang agak banyak. goreng dengan api kecil sehingga garing kekuningan. angkat dan tos di atas kertas tisu dapur. Setelah agak sejuk dan rangup simpan di dalam bekas kedap udara berasingan bawang putih goreng dan bawang merah goreng.

3) Di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan (ketumbar, jintan manis, jintan putih yang telah dikisar terlebih dahulu).Setelah garing cepat-cepat tutup api dan tuang kesemua termasuk minyak kedalam air rebusan tulang yang telah empuk.

3) Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih, halia, lada putih, lada hitam, serbuk kas-kas sehingga lumat. Tumiskan didalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi sehingga naik bau dan agak garing. Tutup api dan masukkan kesemua bahan termasuk minyak sekali ke dalam sup tadi. Masukkan garam dan serbuk pati ayam.

4) Akhir sekali, di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumiskan tiga sudu makan tepung gandum sehingga berwarna kekuningan dan tutup api serta tuang gorengan tepung tadi dengan minyak sekali ke dalam sup tadi.Biar sebentar dan selepas itu boleh di angkat. Gorengan serbuk tepung tadi adalah untuk memekat dan menambah keenakan rasa sup tulang tersebut.

Hidang bersama taburan bawang goreng merah dan putih, daun sup dan daun bawang serta boleh dimakan dengan sambal kicap.

Cara membuat sambal kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih sampai lumat lalu masukkan kicap soya manis.

Kesemua sukatan bahan-bahan adalah mengikut agak-agak dan kesukaan sendiri.

Friday, November 5, 2010

Photoshoot Alisya

Semalam menemani anak ku Alisya ke photoshoot untuk mempromosikan kartun animasi yang bertajuk Boboiboy. Sebelum ke studio pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Show Lin....wah terasa macam balik ke zaman 60 an bila berada di depan pejabat Utusan. Apatah lagi bila melihat nama Utusan Melayu masih kekal begitu. Di tambah pula dengan keadaan bangunan bersebelahan dan yang di sekeliling yang masih seperti zaman dolu-dolu. Seperti apakah aku pernah ke sini pada zaman dolu kala.....

Aku dan Alisya terus menuju ke kantin utusan yang berada di bawah tangga. Makan di situ dengan menghadap suasana sunyi belakang bangunan yang berpagar dan agak semak bertambah nolstalgia macam tengok citer p.ramlee yang bertajuk anak bapak pulak. Makanan kantin tu simple tapi kami makan sangat berselera dengan lauk telur sambal, peria goreng dan sayur pucuk paku goreng cili. Minum milo ais.

Ya Allah di saat aku menulis ini baru ku teringat yang aku makan terus berlalu tanpa membayarnya. Ya Allah aku teringat ini bila aku nak ingat berapa harga makanan itu. Aduhhh...harus ku ke sana kembali selepas ini hanya untuk membayarnya...ya ampun....


Patutlah masa mula ambil makanan itu hati ku berdetik...mana nak bayar makanan ini......aduhhh....mungkin kerana seronok jumpa beberapa pekerja Utusan yang membaca blog dan menegur...Nani ya.....dan satu group lagi menegur....ada photoshoot untuk Hanis ke....


Ok sessi photoshoot berjalan lancar. Mula-mula Alisya pakai baju kurung pesak. Aku suka dia berbaju berwarna ungu bercorak polkadot putih. Mulanya dia tidak mahu memakai baju kurung tersebut. Aku tahu tidak suka corak pilihan aku itu. Tetapi setelah aku mengatakan bahawa background putih belaka dan warna ungu akan menyerlahkannya,

Selepas itu barulah sessi pakaian santai iaitu berseluar jeans dan t shirt. Aku suka tengok Alisya tersenyum bila bergambar. Dia mempunyai senyuman yang sangat manis.
Alisya dapat watak Yaya dalam filem kartun animasi Boboiboy itu. Yaya adalah heroin yang paling kuat tetapi sangat merendah diri dan sering menasihati kawan-kawan yang agak noti.


Sewaktu di temuramah oleh wartawan utusan Liza, Alisya lebih banyak tersenyum manis dari berkata-kata. Itulah Alisya yang agak pendiam tetapi sangat berbakat dalam berlakun dan menari.




Harus aku ke pejabat Utusan Melayu untuk membayar harga makanan ini.


Alisya bersama sepupunya Ti'ah yang tak disangka rupa-rupanya dapat berlakun dalam filem yang sama. Ti'ah adalah pelakon suara upin-ipin.



Photoshoot bersama budak-budak.


Di bilik persalinan dan solek di pejabat utusan.




Alisya dan Fairuz





Ti'ah, Alisya dan Fairuz



Aku, Alisya dan Diani (salah seorang pengarah Animonsta)