Sunday, September 20, 2009

SELAMAT AIDILFITRI BUAT SEMUA

Moga syahdu di aidilfitri ini
Segala dendam terlerai
Segala sengketa dilupakan
ikhlas kemaafan kuhulurkan
Keampunan dari mu jua kuharapkan



Selamat aidilfitri dari Nani sekeluarga
Jemputlah datang ke rumah.

Tuesday, September 8, 2009

KUIH RAYA ONLINE www.nanirostam.blogspot.com

KUIH RAYA ONLINE www.nanirostam.blogspot.com


Kuih raya dan bersiap sedia untuk di ambil oleh bakal tuan yang baru, di tayang di atas para kabinet dan di susun di atas meja sebelum di nikmati keenakannya di satu syawal.

Kepada sesiapa yang sudah membuat pembayaran mahupun yang belum, sila datang ke rumah untuk mengambil kuih raya anda. Sila telefon saya di talian 012 3959779 sebelum datang ke rumah.

Jangan lupa bawa slip bank untuk yang sudah membayar deposit sebagai pengesahan pembayaran. Jika anda telah menghilangkan slip bank tersebut, maka anda perlu menunggu saya membuat print out bank statement dan akan menalipon anda kemudian.

Sekian terima kasih dan jumpa saya di rumah saya.

Monday, September 7, 2009

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BANTUAN KERAJAAN YANG TERBAIK DAN BERDEKATAN DENGAN RUMAH

Dulu ketika Khairi anak lelaki pertama saya menghadapi UPSR, saya begitu berura-ura akan menghantarnya sekolah berasrama penuh. Saya galakan dia sangat-sangat. Sampai boleh dikatakan saya memang memaksa dia pergi belajar di sekolah berasrama penuh.

Saya kecewa bila impian saya untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh tidak di penuhi oleh anak perempuan saya Hanis. Pencapaian akademik yang bagus, memegang jawatan pengawas dan banyak jawatan pengerusi dan setiausaha serta bendahari, memang melayakkan nya untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Malangnya ketika itu, Hanis memang tidak mempedulikan segala impian saya sebagai ibu. Dia tetap berkeras tak mahu berjauhan dari rumah. Sedikitpun tidak terpujuk hatinya yang memang keras itu.

Apatah lagi bila tiba giliran Khairi pula, saya beriya-iya sangat mahu dia ke asrama penuh kerana dia anak yang sangat manja dan agak liat untuk menghulur sebarang bantuan bila saya perlukan dalam kerja-kerja rumah . Maklumlah dia ada dua orang kakak. Tambahan lagi dia memang seorang penakut. Jadi bagi mengatasi segala masalah itu saya fikir, mungkin dengan duduk berjauhan dan belajar di asrama penuh, pasti dia dapat belajar berdiri di atas kaki sendiri.
Itu dulu.....sekarang persepsi terhadap sekolah berasrama penuh telah berubah. Misalnya Hanis sungguhpun dia bersekolah di sekolah biasa tapi pencapaian akademiknya agak baik walaupun bukan yang terbaik. Malah leadership dan komunikasi skil yang digarapnya lebih bagus dari sesetengah pelajar yang bersekolah di sekolah asrama penuh.

Kali ini saya sangat keberatan untuk menghantar Imran ke sekolah berasrama penuh. Tapi bila saya bertindak begitu saya rasa saya tidak adil terhadap Imran walhal dia memang teringin belajar di sekolah asrama penuh.

Sedangkan dalam diri Imran memang kental dengaan semangat berdaya saing. Apatah lagi dengan abangnya Khairi. Kalau Khairi boleh kenapa dia tidak?

Tapi bila saya fikir, tak mengapalah saya bagi dia peluang mencuba, kalau ada rezeki, insyallah boleh dapat, kalau bukan rezekinya, saya akan usahakan untuknya sekolah harian yang terbaik di sekitar lembah klang ini.

Saya amat keberatan untuk berjauhan dengannya. Tambahan pula, Imran, Hafiiz dan Alisya adalah batch anak-anak saya yang masih kecil dan sangat manja dengan saya.

Kalau semua anak saya yang lain cemburu kerana saya lebih menyayangi Imran, mereka patut berfikir mengapa saya bersikap begitu.

Manakan tidak saya paling menyayanginya, Imran adalah seorang anak yang sangat menyenangkan hati saya. Dia seorang anak yang sangat rajin dan dan menurut kata. Saya memang boleh harapkannya.

Dia pandai buat pizza, buat macaroni, buat roti dan paling banyak menolong saya ketika di dapur, ketika menyediakan makanan dan apa sahaja bidang tugas yang diberi. Kalau saya perlukan apa-apa bantuan, nama yang pertama keluar dari mulut saya adalah nama Imran. Bukan saya tak panggil nama anak-anak lain, tapi Imran lebih mudah saya minta bantuan dan sangat responsive. Malah, dialah yang menjawab panggilan telefon untuk ambil pesanan kuih raya, menolong membuat, memunggah dan menjual setiap kali saya berniaga aiskrim dan sebagainya. Bila kami sekeluarga mahu keluar berjalan, dialah anak yang memastikan semua pintu dan tingkap berkunci dan orang yang paling akhir sekali masuk ke dalam kereta.

Saya memang berbelah bagi. Saya mahukan dia dapat sekolah asrama yang terbaik. Dalam masa yang sama saya tidak sanggup berjauhan dengannya.

Jadi kalau ada rezeki dia, moga dia berjaya dalam UPSR dan bersekolah di sekolah asrama penuh yang terbaik dan berdekatan. Amin.

Saturday, September 5, 2009

Jom ke Pulau-Pulau, di Sabah.

Ha penat-penat...tak pa pc pun dah ada depan mata. Tengok gambar-gambar pergi ke Pulau di Sabah ni memang terimbau keseronokan bercuti tempohari. Walaupun saya tak bawa baju spare untuk mandi, sekadar duduk berehat-rehat di tepi pantai yang pasirnya putih dan cantik memang sungguh mengasyikkan.

Berkobar-kobar semangat nak bawa family pergi bercuti ke Pulau-pulau di Sabah lepas ini. Lagi satu tempat yang tak berkesempatan nak saya nikmati keindahannya ialah Kinabalu Park iaitu terletak di kaki Gunung Kinabalu. Tengoklah nanti kalau ada peluang dapatkan tiket Air Asia yang murah-murah, insyallah saya akan bawa keluarga bercuti di Sabah. Menurut seorang kenalan baru saya, kak Fariza, editor Majalah Perempuan, Rose Cabin di Kinabalu Park menawarkan kos penginapan yang agak berpatutan dan lokasi yang strategi.

Paling saya semangat nak bawa anak-anak bercuti ke pulau-pulau di Sabah, ialah harga tambang kapal terbang yang sangat murah bila kita beli semasa sale dan pulau-pulau yang sangat cantik pantainya dan air laut yang sangat jernih hingga menampakkan ribuan ikan-ikan yang pelbagai spesis bermain di gigi air sambil kita campak roti kering lalu ikan-ikan itu mengerumuni kaki.

Apa yang paling menakjubkan bagi saya ialah, pertama kali saya melihat pantai yang dipenuhi dengan meja makan yang muat 10 kerusi dan terdapat banyak section buffet barbeque. Kalau tak silap saya, setiap seorang di kena bayaran rm38 untuk hidangan buffet tersebut.


Jadi apalagi, makan, kemudian berehat sambil tidur-tidur ayam dan bangun makan lagi. Kami di minta berada di situ selama 3 jam. Memang puaslah makan. Apatah lagi makan free...hehe


Saya ketika di Pulau Manukan


Bergambar sajelah...tak dapat mandi laut....uhuk-uhuk



Ingat lagi sapa dia ni?


Ketika sampai di Pulau Sapi
Tengok-tengok jernihnya air...banyaknya ikan cantik.
Ribuan ikan-ikan....

Makan time...satay pun ada....

Ikan tadi dah kena bakar....

Kak Fariza, Suzanne, Rina Tan dan yang suka makan....



Pegawai dari Kementerian Kebudayaan, yang saya ingat Hairuddin
sebab dia tu jowo, ngomong jowo wae....




Peninggalan sisa-sisa bom

Sanctuary Lodge Resort




Muka-muka tak mandi.....


Sambung makan lagi.....

Cantiknya....yang kat belakang tu...


Kebanyakan yang tinggal, orang finas, orang surat khabar dan orang majalah dan orang rumah. eh, surirumah...hehe


Jom kita ke sana.















































Thursday, September 3, 2009

Pemgumuman,pengumuman kali ke 2

Sesiapa yang ingin, sudah atau belum membuat tempahan sila menelefon saya terus untuk bertanya mengenai kuih atau nombor akaun bank saya. Sila telefon 0123959779 dan dapatkan pengesahan nombor akaun bank dari saya sebelum membuat sebarang pembayaran atau pendepositan ke dalam akaun bank.

Terima kasih.

Wednesday, September 2, 2009

Pengumumam, Pengumuman.







Sibuknya saya dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Keputusan untuk membuat pengubahsuaian rumah saya di saat-saat akhir menjelang bulan puasa menyebabkan keadaan rumah saya macam 'tongkang pecah' dan menyebabkan urusan membuat kek dan sebahagian kuih raya menjadi tidak begitu lancar kerana saya terpaksa memasak di luar rumah.




Minta maaf kepada sesiapa yang ada menelefon dan hantar sms untuk membuat tempahan kuih raya 'last minute' tetapi tidak berjawab. Walaubagaimanapun, saya menyimpan nombor telefon anda semua untuk saya hubungi sekira ada kuih raya extra nanti.



Terima kasih kepada pembaca blog saya yang setia mengikuti blog saya ini dan membuat tempahan kuih raya dengan saya dan juga kepada yang begitu berani mencuba strawberry moist chocolate kek serta strawberry fresh cream cheese kek saya. Saya amat gembira sekiranya anda suka kek yang anda tempah dari saya tu. Yeah, yeay...



Terima kasih di atas sokongan anda semua. Kepada sesiapa yang sudah memasukkan duit ke dalam akaun saya, sila telefon saya minggu hadapan bermula dari 9 hb September 2009, saya menjangkakan semua kuih dapat di edarkan bermula tarikh tersebut kepada sesiapa yang membuat tempahan awal. Jangan lupa, sila bawa slip bank untuk pengesahan ketika mengambil kuih nanti.



Kepada sesiapa yang lewat membuat tempahan, anda masih boleh sms nama dan senarai kuih, untuk saya hubungi sekiranya ada kuih extra untuk anda. Jangan risau saya sedaya upaya akan memenuhi semua tempahan Insyallah.




Selamat berpuasa.