Thursday, November 27, 2008

Anak mama kedua menuju ke kampung Nenek.




PART 3



Tak lama lagi Hanis nak sambung belajar di kolej. Hanis dah dapat tawaran belajar di UiTM Segamat, Johor. Tak lah jauh sampai ke seberang lautan.Tapi mama rasa macam satu kehilangan. Tiba-tiba mama rasa sedih dan sendu bila terpaksa berjauhan dengan Hanis. Walaupun selama ni, Hanis seorang sahaja anak yang selalu bertekak dengan mama. Ada sahaja cakap mama yang Hanis nak bantah. Bila mama suruh itu ini, Hanis mesti jawab tak nak, walaupun Hanis buat apa yang mama suruh. Geram betul mama tengok Hanis sahaja nak usik-usik mama. Itu yang mama malas nak suruh suruh Hanis, ada je Hanis nak jawab.Hanis kata, hiskh.. kenapalah nak kena buat kerja ni semua? Bila mama kata, orang perempuan mesti kena rajin masak. Hanis jawab orang perempuan yang rajin masak selalu tak dapat suami kaya. Perempuan malas masak macam mak long, macam aunty nazura kahwin dapat suami kaya. Hari-hari makan kat luar. Makan tempat best-best..




Sebenarnya mama marah sangat bila Hanis suka lawan cakap mama. Mama selalu kata, lawanlah cakap mama nanti Hanis masuk neraka. Tapi Hanis tak diam di situ sahaja. Hanis mesti jawab.Hanis kata, Hanis masuk neraka sebab mama yang nak Hanis masuk neraka. Kalau mama ampunkan Hanis mesti Hanis tak masuk neraka. Ada sahaja jawapan Hanis. Mati akal mama dibuatnya. Lepas tu, setiap kali walau pergi mana pun Hanis mesti salam minta ampun dengan mama. Kalau mama tak da, Hanis cari mama sampai jumpa untuk salam dan peluk cium mama. Dulu, mama memang kecil hati sangat bila Hanis lawan-lawan cakap mama. Tapi lama-lama mama fikir, kalau ada sekelumitpun rasa kecil hati ibu terhadap anak, pasti hidup anak tak diberkati Allah. Lagipun Hanis selalu minta ampun dari mama. Pelan-pelan mama dapat hilangkan rasa kecil hati tu. Dari situ mama belajar, sentiasa maafkan anak-anak. Kalau mereka tinggi suara, singgung perasaan kita, tegur. Jangan simpan.



Tapi sejak dua tahun kebelakangan ini mama tengok Hanis dah banyak berubah. Ialah manusia berubahkan. Hanis sekarang dah rajin, tak macam dulu.Bila kena buat kerja tak ada dah nak bertekak tekak dengan mama lagi. Dah tak bising-bisng dengan mama sebab tak nak ambil orang gaji. Hanis dah pandai masak. Sambal belacan Hanis paling sedap. Nenek Johor pun puji-puji sambal belacan Hanis. Nasi goreng Hanis pun sedap sangat. Dah setanding macam Nasi goreng kakak Liana buat. Hari tu, Hanis kena masak dua dishes. Nasi goreng untuk adik-adik dan nasi putih berlauk untuk nenek Johor. Nenek Johor tak suka makan nasi goreng. Bila hidangan nasi goreng siap dulu, nenek Johor pun rasa nasi goreng tu. Wah tak sangka, nenek Johor makan tambah-tambah. Tak jadi Hanis nak masak nasi putih berlauk. Sekarang kalau mama tak sihat ke sibuk di luar ke, Hanis dah boleh masak, kemas rumah dan sebagainya. Mama bangga dengan Hanis sekarang.



Walau selalu bertekak dengan mama, Hanis rapat juga dengan mama. Celik mata sahaja Hanis mesti cari mama ajak sembang. Ada je cerita Hanis nak bagi tahu mama. Mama dapat rasa rumah pasti sunyi tanpa Hanis. Lepas ni tak da lah mama nak panggil-panggil Hanis dari bawah suruh turun basuh pinggan, kemas dapur, kemas ruang tamu. Itu dah memang macam tugas Hanis. Kalau ada tetamu nak datang, Hanislah yang paling cekap buat rumah nampak tip top.



Bukanlah mama tak boleh harap kakak. Tugas kakak Liana selalu memasak. Memang cekap dan pandai masak. Setiap kali kakak masak, mama akan tanya, macam mana kakak masak, bahan apa kakak guna. Hanis, kakak dan adik-adik yang lain serentak menjawab ”Ma, setiap kali kenapa mama tanya, kan ayam KLG tu kan mama yang ajar kakak buat”. Bukan apa, sedap sangat! macam nak tahu jugak kot-kot ada bahan lain kakak guna.Tapi bab kemas mengemas ni mama tak sampai hati nak suruh kakak.Kakak lepas kelas selalu nampak penat. Kadang-kadang banyak assignment pulak.




Mama harap cuti semester Hanis jatuh bulan Ramadhan. Bila masuk bulan Ramadhan Hanis rajin tolong mama sediakan juadah bersahur. Hanis selalu pastikan adik-adik makan dan minum cukup-cukup supaya bila puasa, adik-adik tak letih. Hanis sediakan macam-macam game agar adik-adik tak terasa masa berlalu. Kalau bukan bulan puasa pun Hanis rajin layan adik-adik bermain macam-macam game. Sampai sepupu-sepupu suka sangat datang rumah. Kawan-kawan Hanis dan kawan-kawan Alisya pun selalu tidur rumah kita. Bahkan anak-anak kawan daddy pun selalu sangat datang rumah untuk bermain. Rumah sentiasa meriah.

Ini bukanlah kali pertama Hanis duduk berjauhan dari mama, daddy dan adik-beradik. Masa masuk Malaysian Dream Girl dulu, memang dah pernah berjauhan. Tapi itu Cuma 3 bulan bukan 3 tahun. Mama tahu, kami semua pasti rindu sangat kat Hanis. Yang lain mama tak risau sangat. Mama tahu Hanis pandai jaga diri. Hanis budak baik dan selalu ingat Allah.

Masa kat Malaysian Dream Girl tu pun, ramai crew yang kagum cara mama dan daddy didik Hanis.. Hanis memang tegas.Hanis ada prinsip. Ada satu ketika tu sampai kelam kabut krew bila Hanis suruh sediakan minuman lain untuk Hanis kerana masa tu dia orang cuma menghidangkan arak sahaja.





Dari mula memang tak sepatutnya Hanis masuk pertandingan MDG tu. Tapi mama cuma teringin Hanis dapat menang hadiah-hadiah yang best tu. Macam mana pun Hanis patut bersyukur kerana ada hikmah disebalik semua itu. Melalui MDG dapat juga Hanis timba sedikit sebanyak pengalaman.Hanis tahu sedikit sebanyak macam mana sebenarnya dunia glamor. Mama sangat kagum dan bangga yang Hanis langsung tak tertarik dengan dunia macam tu. Disko, clubbing, nightclub, smoking semua tu menyesakkan Hanis. Dan Hanis jangan lupa juga, dari Malaysian Dream Girl orang mengenali Hanis dan sekarang membaca blog Hanis.



Mama harap Hanis teruskan belajar dengan sungguh-sungguh. Bila dah jauh tu, tak dapatlah kakak nak tolong Hanis dalam kira-kira. Sebab tulah bila belajar, Hanis kena bertekun. Jangan leka bercinta. Walaupun melalui sms. Semua tu mencuri masa jugak. Panjang lagi masa Hanis. Mama harap bila Hanis berjaya, Hanis tak kan lupakan keluarga dan bantu adik-adik. Mama doakan Hanis menjadi anak yang bejaya dunia akhirat. Insyaallah.

Tuesday, November 25, 2008

Anak Mama Yang Kedua Ini Hanis.

Part 2

Ego daddy nak sangat anak lelaki pun cair bila menyambut kelahiran Hanis yang comel ya amat. Hanis pun memang tak bagi ‘chance’ kat daddy. Hanis manja sangat dengan daddy.

Nak tu daddy, nak ni daddy. Semua nak daddy. Nak makan minta daddy ambilkan. Nak mandi minta daddy mandikan. Nak susu minta daddy buatkan. Nak jalan minta daddy yang dukung. Malah semua kawan rapat daddy pun tahu yang Hanis ni anak daddy. Siap diajuk-ajuknya, ‘mana anak hang yang diddy,diddy tu?’

Mama dok ingat yang daddy tu nak sangat anak lelaki, so tak da lah dia sayang sangat dengan Hanis.Apatah lagi anak kedua. Tulah tuhan nak tunjuk kan? Agaknya daddy sendiripun tak sangka yang dia sayangkan Hanis mengalahkan sayang anak lelaki.

Tambahan Hanis ni memang ‘fast learner’. Dulu baru 8 bulan pun dah pandai berjalan. Tak sampai dua tahun dah petah bercakap. Sampai nenek Kedah selalu panggil Hanis budak pot pet pot pet.

Di sekolah rendah sampailah sekolah menengah, Hanis memang terkenal dengan sikap peramah dan ada ‘leadership skill’. Banyak jawatan penting Hanis sandang. Pengawas, Pengerusi, Bendahari dan sebagainya. Seingat mama, mana Hanis pergi pun pasti cikgu cikgu sayang. Kawan, apatah lagi. Dalam semua anak mama, Hanis lah yang paling banyak buat parti harijadi. Apa taknya, ramai sangat kawan.

Lepas tu Hanis jugalah anak mama yang bagus dalam PR. Hanis pandai menulis dan fasih berbahasa inggeris. Hanis juga pandai dalam bahasa melayu.Hanis selalu jadi guru tuisyen pada adik-adik. Sampai sekarang belum seorangpun anak mama pergi tuisyen lain bila exam penting2. Masa sekolah menengah dulu Hanis paksa-paksa daddy hantar Hanis belajar bahasa inggeris di Cambrige. Sekarang bila Hanis pandai bahasa inggeris bertambahlah daddy sayang kat Hanis. Daddy bangga sangat, bila deal pasal kontrak, bayaran untuk sebarang urusan modelling, fashion show atau photoshoot semua Hanis buat sendiri.

Memangpun Hanis ni mesra dan pandai sembang. Bila jumpa kawan-kawan mama atau orang yang lebih tua pun Hanis pandai melayan dan tak malu bersembang. Hanis lebih matang dari usia sebenar. Hanis selalu jadi orang tengah yang pandai meleraikan pergaduhan. Kalau kawan gaduh semua mengadu kat Hanis. Adik-adik pun lebih selesa mengadu kat Hanis dari mengadu kat mama. Pernah satu hari mama terdengar Imran suruh Hafiiz mengadu kat Hanis bila Khairi buli dia. “Hafiiz, jangan mengadu kat mama, nanti mama tak buat apa-apa. Lebih baik cakap kat kakak Hanis”. Hanis tegas dengan adik-adik dan selalu komplen yang mama ni lembut sangat dengan anak. Tak tahu marah anak. Tak palah memang mama begitu. Sekurang-kurangnya Hanis dah ringankan sikit tanggungjawab mama didik adik-adik Hanis.

Mama selalu perasan yang daddy lebih dengar cakap Hanis dari cakap mama. Masa nak exam UPSR, daddy tanya Hanis nak hadiah apa dari daddy. Hanis kata kalau Hanis dapat 5A dalam UPSR Hanis tak nak apa-apa. Hanis cuma nak daddy berhenti rokok.

Lepas tu, daddy pun berhenti merokok. Tapi tak lama. Tak sampai tiga tahun daddy merokok semula. ”Hisskh daddy ni, kalau daddy merokok lagi, lain kali jangan marahlah kalau Hanis merokok” kata-kata Hanis tu walaupun betul dan tegas tapi kurang ajar bagi daddy. Daddy menyinga bila Hanis cakap macam tu. ”Hanis, Hanis jangan nak ugut-ugut ya, nanti daddy tampar muka Hanis!.

”Ala cakap je daddy tuh!! takkan dia nak tampar Hanis kot “.Bisik Liana. Memanglah! Daddy takkan tampar Hanis. Cuit pun tak pernah, inikan pula nak tampar. Sejak kecil memang daddy tak pernah sekalipun cubit atau pukul Hanis.Mama pun tak faham kenapa daddy macam tu. Kakak Liana tu masa kecik puas kena pukul, kena rotan dengan daddy. Khairi pun pernah kena pukul teruk-teruk dengan salur getah dalam bilik air.

Tapi kalau dengan Hanis, daddy lemah betul. Daddy pernah janji kalau anak-anak daddy pergi asrama, daddy akan belikan handphone. Masa tu kakak dapat 7A dalam PMR dan masuk sekolah asrama, so daddy pun tunaikan janjinya. Bila daddy beli handphone untuk kakak Liana, daddy belikan sekali untuk Hanis. Padahal Hanis tak mintak dan sedar tak ’entitle’ sebab tak mahu masuk sekolah asrama.

Mama akui Hanis memang tegas dan lantang.Adik-adik paling takut Hanis berbanding dengan kakak Liana yang lembut tu. Dalam segi agama Hanis agak taat juga. Mama menyesal tak dapat hantar Hanis sekolah agama sampai ke peringkat tinggi.Hanis sekolah agama sampai darjah dua sahaja. Masa tu tahun 1998. Masa tengah gawat. Daddy pula hilang pekerjaan (ambil kata-kata Ruminah Sidek dalam filem Pensil). Sampai sekarang mama kesal. Mama kesal kita duduk di negara Islam, majoriti masyarakat Islam, tapi untuk belajar agama kita terpaksa membayar yuran setiap bulan tak macam sekolah kebangsaan, buku teks pun percuma.Bila dah tak mampu, terpaksa berhenti. Pelajaran agama pun terbengkalai.Selepas tu pandai-pandailah sendiri nak mendalami ilmu agama.

Agaknya kalau Hanis belajar agama sampai habis, mungkin Hanis boleh jadi Ustazah. Walau setakat belajar agama setakat darjah dua pun Hanis boleh skor agama A1 dalam SPM. Sekarang ni pun Hanis dah macam ustazah. Pakaian tu belum lagilah!. Mungkin nama Hanis tu kan satu doa yang bermaksud ’yang bertakwa’. Hanis selalu jaga solat lima waktu. Masa Hanis tingkatan dulu, mama bangun solat subuhpun Hanis yang kejutkan. Hanis dah macam jam loceng untuk rumah kita. Malahan kalau masuk je waktu solat, Hanis lah yang paling lantang memantau adik-adik untuk bersolat. Bila tengok mama sibuk sangat buat kerja, cepat-cepat Hanis tegur ”mama dah sembahyang dah?. Selama ni Hanis memang banyak mengambil alih tugas mama mendidik adik-adik Hanis. Hanis marah bila Hafiiz liat sangat nak solat. Hanis nasihat Imran jangan panas baran. Hanis selalu pesan pada Khairi, supaya jaga adik-adik sebab Khairi abang. Hanis bertegas dengan Alisya sampai Alisya menangis bila Alisya buat perangai malas.

Hanis memang jujur dan amanah. Kalau tak takkan banyak kali dilantik jadi bendahari di sekolah. Bila daddy pesan , jangan jujur sangat bila temuduga kerja, nanti orang tak kan ambik bekerja.Misalnya, tak payahlah cakap yang Hanis tak nak kerja lama dan sebagainya. Hanis cepat-cepat memintas cakap daddy.”Daddy, tak baik bohong, tak jujur namanya. Daddy terkedu dengar kata-kata Hanis.


Monday, November 24, 2008

Anak mama yang kedua ni

PART 1


Dari dulu mama hairan dengan ego lelaki.Ingatkan daddy sahaja yang bersikap begitu tapi bila tanya rakan rakan sepejabat yang ada isteri sedang mengandung, you, nak anak apa? Rata-rata pasti memberi jawapan yang sama, nak anak lelaki. 'Bagus anak pertama lelaki, boleh jaga keluarga, boleh jaga adik-adik'.

Dan bukan setakat anak pertama lelaki, kalau berderet anak lelakipun mereka cukup bangga. Wah bagusnya anak kau semua lelaki! Pandai kau.

Sebaliknya bila yang pertama anak perempuan mereka tak rasa begitu seronok berbanding dapat anak lelaki. Apatah lagi kalau kedua, ketiga, keempat perempuan. Samada yang bertanya mahupun yang ditanya, terasa sinis dan kecewa menjelaskan yang anak-anak mereka banyak perempuan. Kedengaran macam satu kegagalan dalam hidup mereka pulak bila yang berderet tu anak perempuan.

Kenapa lah tinggi betul ego mereka. Mereka lupa ke, ibu yang menjaga dan menyayangi mereka tu adalah makhluk Allah s.w.t yang bernama perempuan, kakak-kakak mereka yang 'caring' dan pemurah, tak pernah lupa bagi mereka duit poket dulu tu, juga perempuan?

Masa mama mengandung anak kedua, banyak yang menegur, 'you mesti nak anak lelaki kan? sebab anak pertama perempuan!'. Sebab geram dengan 'attitude' begitu mama sering menjawab, 'taklah, i suka kalau anak pertama dan kedua perempuan, nanti mereka boleh berkawan, sama-sama perempuan. Dan pulak kalau boleh biar anak ketiga dan keempat lelaki, so that dia boleh berkawan sama-sama lelaki'.

Itu yang pernah mama tulis, di blog yang lepas, bahawa apa yang kita selalu sebut dan inginkan, merupakan satu DOA yang pasti Allah s.w.t makbulkan.

Sampai waktu, lahirlah anak kedua mama ke dunia. Bayi yang comel, gebu, putih, hidung mancung.Oleh kerana 'masin mulut' mama selalu sebut sebut nak anak kedua pun anak perempuan, maka Allah s.w.t dengan Kuasa dan KebesaranNya mengambil semula bayi mama yang paling comel dan sempurna itu. Muhammad Ezzarul hanya sempat di pangkuan mama selama seminggu. Alfatihah.

Mama sedih dan kecewa. Daddy apatah lagi. Dia dari mula memang beria ia nak anak lelaki. Namun mama sedar kita hanya manusia lemah yang tak berdaya. Siapalah kita di sisi Allah s.w.t. Semuga dengan dugaan dari Allah s.w.t itu mama terus mendapat taufik dan hidayah dari yang Maha Esa. Insyallah.

Setelah peristiwa itu , mama sentiasa berdoa moga-moga Allah akan kurniakan mama anak yang sihat, sempurna dan panjang usianya.

Tiga bulan kemudian mama mengandung lagi. Bila kandungan dah enam bulan mama buat 'scan'. Doktor kata anak perempuan. Mama terima berita itu dengan penuh kesyukuran. Mama tak kisah dah, lelaki atau perempuan yang penting bayi sihat selamat dan sempurna. Bila mama bagi tahu daddy, daddy macam tak boleh terima.Daddy marah-marah kata doktor bukan tuhan. Mungkin kecewa kerana teringin sangat anak lelaki.

Mama jelaskan memang doktor bukan tuhan, tapi doktor cuma guna sains teknologi untuk melihat apa yang ada dalam rahim bukan pakai 'nujum pak belalang'. Tapi daddy tak boleh terima. Dia tetap mengharap yang mama mengandung anak lelaki waktu tu.

Berat sangat mengandung masa tu, sampai nak angkat kaki melangkah longkang kecil pun tak berdaya. Tak sampai 9 bulan mamapun melahirkan bayi comel, putih, gebu. Kus semangat, berat dia 4.10 kg. Mama sediakan dua nama, kalau lelaki mama namakan Muhammad Iqbal. Sebab masa tu nama Iqbal unik dan jarang kedengaran.

Kalau perempuan mama namakan Hanis Zalikha. Masa tu berkenan betul dengan nama Hanis, seorang model Singapura yang terkenal dalam tahun 80an. Bila tengok kat buku nama-nama Islam, Hanis tu sebenarnya nama lelaki kalau perempuan Anis yang membawa maksud, yang bertakwa. Tapi tak palah sebab suka sangat nama Hanis tu, mama pun tak kisahlah nama lelaki atau nama perempuan.

Begitulah Allah s.w.t. memakbulkan kata-kata mama, maka anak mama yang kedua adalah perempuan.




Tengok tu kakak Liana pun tak larat nak angkat betul-betul

Kalau tak silap masa ni umur Hanis 10 hari.



Hijrah rohani:

Firman Allah Ta'ala;


"Dan apabila diberitahukan seseorang dari mereka tentang kelahiran anak perempuan, lantas mukanya menjadi hitam dari sangat marahnya. Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya, apakah akan dipeliharanya dengan menanggung malu atau dikuburkannya supaya hancur di dalam tanah. Alangkah buruknya keputusan mereka itu". (An-Nahl:8-59)



Sabda Rasulullah s.a.w pernah bersabda;


"Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan, lalu dipeliharanya dengan baik, dididiknya dan dikasihinya , pastilah ia masuk syorga. Orang ramai bertanya: Kalau dua? Jawab baginda, begitu juga dengan dua".





Kali ini saya paparkan salah satu daripada 10 resepi yang boleh anda dapati di Majalah Rasa keluaran Disember.



THAI LAKSA

800gm mackerel (ikan kembung)

1 packet JiangXi Rice Stick or bee hoon laksa (can be bought from chinese medicine shops)

1 grated coconut

1 packet santan (250ml) harmuni or santan Ayam brand

2 liter water

2tbsp Tamarind Puree.


GROUND SPICE INGREDIENTS (Combine)

10 shallots

5 cloves

2 stalks lemon grass

5 candlenuts

2 cm piece fresh tumeric root

3cm galangal

4tbsp chili paste (from dried chillies)

1tsp belacan stock granules

5tbsp oil

100gm dried shrimps, soaked and pounded

2tbsp preserved salted radish (choy poh) chopped

3 pieces dried tamarind skin

5 kaffir lime leaves, crushed and torn



SEASONING

Salt to taste

sugar to taste

2tbsp fish sauce (nampla)

2tbsp ikan bilis stock granules



CONDIMENTS

Pineapple, sliced into thin strips

Cucumber, sliced into thin strips

Beansprout, tailed

Mint leaves, stalks removed

Wild ginger (bunga kantan), finely sliced

Long bean ,sliced into thin strips

Salted radish sliced into thin strips

Ground small dried chilies

Small limes, cut into halves



METHOD



Gut fish then boil or steam for 15 minutes. Flake the fist meat. Squeeze out coconut milk from the grated coconut. Heat oil in a pot and fry ground spice till fragrant. Add dried prawn and chopped salted radish and fry until well combined and fragrant.

Add coconut milk, boil gently until oil seperates, stirring constantly to prevent the coconut milk from curdling. Add tamarind paste and dried tamarind skin and kaffir lime leaves. Cook over a gentle heat until just about to boil. Add flaked fish and seasoning.



TO SERVE


Arrange required amount of blanched laksa beehoon into each serving bowl. Pour gravy over and top with a little of each condiment ingredient. Serve laksa hot. Drizzle with a little ground dried chillies.