Perlukah dengki hati...
Perlukah busuk hati....
Perlukah rasa tak senang hati
Bila melihat orang lain rasa gembira
Bila menyaksikan orang lain rasa bahagia
Buangkanlah busuk itu dalam tong sampah lalu di angkat dan dibawa oleh alam flora.
Lepaskanlah dengki hati itu sampai talak tiga lalu jumpa cina buta dan dan terus meraba-raba.
Bila semua busuk
Bila semua dengki
lenyap jauh
hati jadi bersih
hati jadi lapang
Hilang segala tekanan
Sudah bahagiakah hati kita
Gembira riakah jiwa kita
Kita di mana?
Sudah cukup sempurnakah hidup kita
Sudah melimpahkan rezeki kita
Sudah lengkapkah ibadat kita
Sudah kuatkah iman kita
Hati-hati
Dengan hati.......
Tuesday, November 24, 2009
HATI-HATI DENGAN HATI
Posted by NaniRostam at 5:06 PM 1 comments
Bila Musim Hujan Perut Asyik Lapar je...Tak Da Kerja Lain....


50gm tepung jagung.
Pukul butter, gula icing, telur dan esen vanila kemudian masukkan ketiga-tiga jenis tepung.
Bakar dengan kepanasan 170 darjah celsius selama 15 minit atau sehingga kekuningan.
Posted by NaniRostam at 1:55 AM 4 comments
Friday, November 20, 2009
BENARKAH KITA BERADA DINEGARA ISLAM?
Pasti anda ada banyak cerita untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang anda rasa bertuah dan gembira atau rasa tidak seronok dengan apa yang dah pemimpin kita buat untuk kita.
Namun bagi saya ada satu perkara yang saya rasa tidak diaplikasikan sejajar dengan keperluan rakyat majoriti negara ini. Bukankah negara ini pernah diiktiraf sebagai negara Islam. Memang sepatutnya begitu kerana majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.
Namun apa yang buat saya rasa amat tidak seronok mengenai satu perkara penting tentang ketidakpekaan kerajaan negeri terhadap kewajibannya memberi pendidikan Islam atau ilmu akhirat secara percuma kepada rakyatnya.
Memang amat mengecewakan bila negeri dimana tempat saya bermastautin ini mengiktiraf sekolah agama sebagai sekolah agama rakyat.Di mana rakyat terpaksa membiayai yuran pengajian bulanan. Dan guru-guru yang mengajar mendapat gaji bulanan mereka hasil kutipan yuran bulanan.Walhal sepatutnya sekolah agama dibawah tanggungan kerajaan seperti sekolah-sekolah kebangsaan dan yang seumpamanya.
Mengapa kalau betul ini negara Islam yang penduduk majoriti Islam, para pemimpin Islam negeri ini tidak boleh memikirkan tentang amanah yang dipikul tentang wajibnya mereka lebih mengutamakan pendidikan islam atau ilmu akhirat untuk rakyat mereka. Kalau kerajaan boleh ada peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan, mengapakah tidak langsung mengambil kira tentang sekolah-sekolah pendidikan Islam.
Rakyat pula terpaksa mengambil pelbagai alternatif untuk memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat pendidikan Islam seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.
Wajarkah para pemimpin islam negara ini melayan rakyat yang majoritinya Islam begini?
Posted by NaniRostam at 2:49 PM 11 comments
Thursday, November 12, 2009
RESEPI TRIFFLE DAN JANGAN BERLENGAH LAGI
Dah letak dah resepi triffle kat post yang lepas. Lebih baik pergi check cepat. Tapi tak apalah saya letak lagi di sini. Triffle ni dibuat mengikut kreativiti anda. Di sini triffle yang saya buat mengikut kreativiti saya sendiri. Kalau nak beli dari saya, saya tak dapat jual dengan harga murah sebab modalnya mahal. Satu bekas mangkuk queen anne yang saya tunjuk dalam post lepas tu saya jual dengan harga rm75.
Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.
Lapis ke dua - Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.
Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin). (Cara membuat kuah kastard, didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.
Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.
Lapisan ke lima - Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari. Itu pun kalau boleh bersabar setelah bangun pagi dan menjenguknya di dalam peti sejuk. hehe.
Posted by NaniRostam at 4:29 AM 13 comments
Friday, November 6, 2009
KALAU DAH BERKENAN DI HATI
Anda boleh memilih bentuk, warna dan jenis hiasan untuk pastri dan biskut yang anda tempah mengikut citarasa anda.
Maklumlah kalau bakul rotan dah selalu sangat orang tengok. Bakul daripada pastri biskut jarang kita jumpa. Kalau sesiapa yang sukakan konsep inggeris, bakul-bakul pastri ini biasa boleh dibuat hiasan meja atau kaunter dapur dan diisi dengan bun-bun roti.
Hati mana tak gembira bila menerima bakul pastri berisi biskut-biskut tart berbentuk buah-buahan yang begitu cantik dan enak dimakan. Memang boleh dibuat kenangan kerana sesiapa yang mendapat bakul ini pasti menyayangi dan menjaga bakul itu sebaik biskut di dalamnya habis di makan. Tak tahulah kalau ada yang suka sangat sampai nak makan bakul itu jugak. Hehehe....
Sesiapa yang dah berkenan di hati tu apalagi, jangan berlengah lagi telefon saya di talian 012 3959779. Kalau nak senang datang ke rumah sebab dapat tengok sendiri ada lebih 40 bentuk boleh dipilih. Atau e-mail saya di shinarostam@yahoo.com.
Lebih banyak gambar-gambar di dalam http://inibelogsaya.blogspot.com/ silalah ke sana.
Posted by NaniRostam at 5:02 AM 8 comments
Thursday, November 5, 2009
TRIFFLE! TRIFFLE! TRIFFLE!
Scene 1.
Liana : Hello ma, triffle yang mama buat tu ada lagi tak?
Mama : Ehmm dah tak dalah, kenapa gurl?
Liana : Tak lah kalau ada lagi, khairi nak singgah.
Mama : Semalam mama siap buat nasi beryani tomato dan ayam merah, Liana
tak ajak khairi datang.
Liana : Semalam dia sibuk. Kalau tak da tak palah. ok bye.
Scene 2
Alisya : Mama sapa nak datang?
Mama : Ehmmm sapa nak datang?
Alisya : Yalah tu mama buat triffle, ada orang nak datang ke?
Mama : Taklah. Tak da sapa nak datang. Buat makan sendiri jer.
Alisya : Yeayyyyyy!!!!!!! dapat makan triffle.
Triffle ni memang buat saya teringat-ingat. Last weekend buat tak sempat nak menikmati dengan santai tengok-tengok dah licin. Dalam hati berkira-kira yang saya nak kena pergi tesco ni, beli kek span, spc fruit cocktail, susu cair ideal, konyaku jelly, buah strawberi, kacang macadamia untuk saya buat triffle.
Jiran dekat rumah ni, suka sangat order triffle saya. "Kak Shina, boleh tak Nik nak triffle empat bekas". "Eh janganlah sampai empat bekas Nik, Kak Shina boleh buat dua bekas je". Sebenarnya yang dua bekas tu untuk makan saya sekeluarga. Setiap kali ada order, saya akan buat extra untuk makan sendiri. Ehmmm memang nyaman makan triffle yang disimpan semalaman dalam peti sejuk...
Lapisan pertama kek span dan home made pes buah
strawberi.
Lepas tu, tuang konyaku jelly.
Lapisan ke 3 tuang bancuhan custard dan fruit cocktail
dan hias dengan buah peach.
Lapisan ke 4 sapu whipping cream dan tabur dengan
kacang macadamia.
Yang akhir, tuang sedikit baki konyaku jelly dan
hias dengan buah peach.
Posted by NaniRostam at 8:45 PM 17 comments
Wednesday, October 14, 2009
CINTA ITU TINGGI HARGANYA : HARUS DIBAYAR DENGAN WANG, TENAGA, MASA DAN PERIKEMANUSIAAN
Untuk sesiapa yang masih mencari pasangan, pilihlah yang mencintai kita dan berusaha menunjukkan rasa cinta terhadap kita.
Asalkan impian, niat, harapan dan doa kita mahukan pasangan yang terbaik untuk kita, insyallah kalau tak hari ini pasti suatu hari Allah menjodohkan kita dengan pasangan yang sesuai.
Mencintai pasangan kita memang mudah. Mudahnya mencintai renungan matanya, mencintai lengguk bentuk tubuhnya, mencintai lemak suaranya, mencintai gurau sendanya,mencintai cara dia berfikir, mencintainya kerana ilmu agama dan kewarakannya, mencintai kebolehannya, mencintai jiwa seninya dan mencintai keberadaannya di sisi kita dan mencintainya kerana itulah cinta kita dan itulah jodoh kita.
Namun tidak mudah untuk setiap pasangan itu menunjukkan rasa cinta yang sebenar terhadap pasangan mereka.
Setelah ijab kabul dilafaz, dan DEMI CINTA berapa ramai di antara suami isteri yang
- begitu menyanjung pasangannya
- sentiasa mengeluarkan kata-kata lembut untuk menjaga perasaan pasangannya
- selalu memuji-muji pasangannya.
- tidak pernah mengeji pasangannya
- tidak akan merendah-rendahkan pasangannya
- selalu menghormati pasangannya
- sentiasa menghargai pasanganya walaupun ia serba kekurangan
- tidak pernah mencemuh segala kekurangan pasangannya
-sangat berbangga atas kelebihan yang dimiliki pasangannya
- sentiasa sedar tanggungjawab dan melaksanakannya demi mencintai pasangannya
- tidak gemar berbalah dengan pasangannya
- yang sentiasa berusaha membuang sifat-sifat negatif dalam diri dan menjadi terbaik untuk pasangannya
- yang mudah menerima teguran dan sanggup menlenyapkan ego
- tidak lupa mengucapkan terima kasih atas segala pemberian dan layanan
- bermurah hati berbelanja untuk menyenangkan hati pasangannya
-berkorban wang dan tenaga demi cinta terhadap pasangannya
BERAPA RAMAI?
Dan kejayaan dan kebahagiaan bersama pasangan kita sangat subjektif. Ada setengah pasangan sudah cukup bahagia walau isteri tidak pernah menghidangkan makanan apatah lagi memasak makanan untuknya, mencuci dan meyediakan pakaiannya, hanya kerana dia memahami yang isterinya terpaksa bekerja untuk meringankan bebannya menanggung keluarga.
Begitu juga ada setengah isteri sudah cukup bahagia walau suami tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan untuk keluarga hanya kerana suaminya sangat rajin membantunya membuat kerja-kerja di rumah.
Sekalipun kita tidak tahu dan mengenali pasangan secara mendalam, hinggalah setelah kita mengahwininya dan tinggal sebumbungnya dengan namun sebelum berkahwin kita tetap harus memilih apa yang kita rasa terbaik untuk kita.
Apakah yang boleh kita harapkan lagi terhadap pasangan selepas berkahwin, kalau sebelum berkahwin pun sudah jelas ciri-ciri negatif seperti yang saya sebut di atas itu. Tak tahulah kalau ramai di antara kita yang cukup sabar menunggu pasanganya akan berubah, yang cukup kuat menahan hati dan menelan perasaan di sakiti. Yang cukup redha sekalipun tidak pernah menerima bahkan hanya memberi. Yang cukup bersyukur sekalipun tidak sedikitpun di hargai.
Bagi yang sudah tercebur ke alam rumahtangga bersama pasangan yang tidak seperti di harapkan. Kesabaran dan daya ketahanan perlu ada. Insyallah asalkan anda kuat bertahan, itulah jodoh anda sampai mati.
Posted by NaniRostam at 6:20 AM 32 comments












